Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Untuk Penggemar Kopi & Fesyen: Moccona Kembali Sebagai Penaja Kopi Rasmi KLFW 2024

MOCCONA menyokong pereka fesyen tempatan dengan kolaborasi eksklusif MOCCONA X Fuzana Mokhtaza, serta memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan seharian

by Aphit J.
July 27, 2024
Share on Facebook

MOCCONA kembali untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai Penaja Kopi Rasmi untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW24), menggabungkan pencinta kopi dan fesyen mulai 29 Julai hingga 4 Ogos.

Kerjasama MOCCONA dengan KLFW mempamerkan dedikasi mereka untuk menghargai detik-detik kecil dan meraikan keindahan dalam kehidupan harian.

Memperkenalkan Menu Baru

via SLPR Worldwide Group

Sepanjang minggu KLFW 2024, MOCCONA akan memperkenalkan menu mocktail dan kopi klasik kegemaran ramai yang dibuat menggunakan pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti: Number 5 (Classic Medium Roast), Number 8 (Classic Dark Roast) dan Number 10 (Espresso Style).

Tersedia dalam varian yang pahit dan pekat serta halus dan beraroma, penggiat fesyen dan pencinta kopi berpeluang untuk menikmati kopi MOCCONA yang serasi dengan setiap pilihan yang berbeza-beza.

Dalam rangkaian kerjasama dengan KLFW 2024, MOCCONA akan mempersembahkan pertunjukan fesyen dengan pereka tempatan Fuzana Mokhtaza pada 1 Ogos 2024.

Kolaborasi Moccona X Fuzana Mokhtaza

Dikenali dengan rekaan busana pengantin yang menampilkan gaya romantik dan feminin, Fuzana Mokhtaza mengutamakan keanggunan abadi dan elegan dengan menggabungkan unsur tradisional dan estetika moden.

Gabungan harmonis antara dua elemen yang berbeza dalam ciptaan Fuzana Mokhtaza mencerminkan intipati MOCCONA yang menawarkan keenakan asli dengan daya tarikan moden.

Kerjasama ini membuktikan dedikasi kedua-dua pihak terhadap keanggunan abadi dan keutamaan mereka untuk menyempurnakan lagi pengalaman para tetamu di KLFW24.

Topik Berkaitan Dari Secawan Kopi Ke Pentas Fesyen, MOCCONA Kembali Warnai KLFW 2026

Fesyen, seperti kopi, adalah salah satu bentuk ekspresi diri yang dapat membawa kebahagiaan yang tidak ternilai.

Memberi Inspirasi

Mereka yakin bahawa kehadiran mereka di KLFW bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman para tetamu namun juga dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk meraikan saat-saat yang menggembirakan dalam kehidupan harian.

Bersempena dengan pelancaran kempen baharunya, “Cintai Dunia Ciptaan Anda”, MOCCONA berusaha untuk menyemarakkan rasa menghargai yang sering diabaikan dalam kesibukan kehidupan moden yang serba cepat.

Sejajar dengan kempen ini, MOCCONA menggalakkan orang ramai untuk menikmati saat-saat indah dalam kehidupan demi mencapai kebahagiaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Fuzana MokhtazaMoccona
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  5. 5

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara