• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Untung Neelofa Miliki Suami Soleh Pimpin Ke Syurga, PU Riz Dipuji Sering Kongsi Doa Rumah Tangga

by Puteri Alia
December 6, 2023
Share on Facebook

Ketaatan terhadap suami hukumnya wajib selama ia tidak menyuruh kepada perkara mungkar dan maksiat. Jika tidak, isteri tak perlu lagi mentaati suaminya pada perkara yang menyalahi syarak.

Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W bahawa suami itu sendiri adalah pintu syurga seorang isteri.

Jadi para isteri yang sudah menjadi isteri atau para wanita yang masih belum bernikah, hendaklah berfikir bahawa pernikahan ini sesuatu yang sangat mulia. Di situ ada syurga dan neraka.

Carilah keredaan Allah SWT dalam perkahwinan dibina. Janganlah sekadar mencari keredaan manusia tanpa peduli dengan tindakan yang boleh menyebabkan kemurkaan-Nya.

Sebagai contoh, tindakan usahawan dan pendakwah bebas, Haris Ismail berkongsi doa yang sering diamalkan demi keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Neelofa meraih pujian orang ramai.

Pemilik nama penuh Muhammad Haris Mohd. Ismail itu berkata, dia mendapat inspirasi dan doa tersebut daripada orang sekelilingnya yang sudah berumah tangga hampir 30 tahun.

“Saya ada pakcik yang dah kahwin 30 tahun, Saya terinspirasi dan saya tanya macam mana nak kekalkan hubungan rumah tangga dan dia kata dia baca doa letak tangan atas kepala isteri.

“Maksudnya doa tersebut ialah ‘Ya Allah aku minta kebaikan atas isteri dan kebaikan yang telah Engkau takdirkan kepada dia’.

“Begitu juga doa Nabi Muhammad SAW baca di bahagian kedua ‘Ya Allah aku mohon berlindung dari keburukan isteri aku dan keburukan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas diri dia,” kongsinya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Pada masa sama, lelaki berusia 29 tahun itu sempat memuji Neelofa dan menyifatkan isterinya itu wanita dan ibu yang sangat baik pada suami, keluarga mahupun anak-anak.

“Isteri saya ini baik belaka masya-Allah, saya baca setiap hari pada isteri supaya orang yang terdekat dengan kita ni memberi kebaikan kepada kita dan dapat menjalani kehidupan dalam bahtera yang baik. Insya-Allah,” katanya.

Tinjauan menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyifatkan Neelofa seorang wanita yang beruntung kerana mempunyai seorang suami soleh yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

“Untung Neelofa dapat Hariz, serba serbi tahu, nampak jelas terpancar kebahagian di wajah Neelofa,” komen netizen itu.

“Haris ni contoh suami yang baik, walaupun usianya muda, banyak yang dia tahu dan belajar dengan orang sekeliling, untung mak Bilal dapat suami penuh ilmu agama,” demikian komen seorang lagi netizen.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua putera iaitu, Muhammad Bilal,1 dan Abdullah Abbas yang dilahirkan 11 Julai lalu.

[VIDEO] Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Curi Perhatian Netizen!-"Sebab Tu Kita Kena Kaya.."
neelofaPU Rizustaz haris
https://lomp.at/72r6j
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore