Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Uqasha Fail Cerai, Kamal Adli Pula Disambar Pak Mat Western Sebagai Wajah Baharu

by Puteri Alia
November 24, 2025
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Di saat kehidupan peribadinya bergolak, perjalanan kerjaya Kamal Adli bagaikan memasuki fasa kebangkitan baharu. Menerusi satu hantaran di Instagram, aktor berusia 40 tahun itu berkongsi berita gembira apabila dipilih sebagai wajah promosi jenama makanan popular, Pak Mat Western. Dengan kapsyen bersahaja, “Juruwang baru Pak Mat Western,” Kamal membuktikan dirinya masih menjadi pilihan ramai pihak meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Perkongsian itu menerima sambutan luar biasa daripada peminat yang melihat langkah tersebut sebagai simbol kekuatan Kamal mendaki semula kerjaya seni selepas diuji masalah peribadi. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat, malah ada yang menyifatkan rezeki Kamal kini mengalir deras tanpa henti. Seorang pengikut turut mendoakan agar tahun 2026 menjadi permulaan kebahagiaan baharu buatnya, manakala yang lain memuji kesungguhannya mempertahankan rumah tangga.

Menariknya, ada juga komen yang membandingkan aura Kamal dengan Fattah Amin, sambil memuji perubahan positif dan ketabahannya menghadapi ujian. Dalam masa sama, jenama Pak Mat Western sememangnya terkenal kerana memanfaatkan populariti selebriti yang sedang hangat diperkatakan, termasuk tokoh-tokoh besar seperti Tun Dr Mahathir, Tyzo, Khairy Jamaluddin (KJ), Syukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad dan Fattah Amin.

Di sebalik limpahan rezeki itu, konflik rumah tangga Kamal dan Uqasha Senrose masih menjadi tumpuan. Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman, sekali gus menandakan episod sukar dalam hubungan mereka yang dibina sejak 4 November 2021. Pasangan itu kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia 19 bulan.

Namun begitu, di tengah badai yang melanda, perjalanan Kamal membuktikan bahawa rezeki tidak pernah salah alamat, malah hadir tepat pada waktunya untuk mereka yang terus berusaha berdiri teguh.

5 Kata-kata Tareq Fit Yang Buat Netizen Naik Angin Tapi 'Engagement' Tetap Tinggi
kamal adli
https://lomp.at/x7yxh
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fazura Bersyukur Dapat Tunai Impian Fatima Ke Disneyland Paris

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas menunaikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti di taman...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore