Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Uqasha Senrose Berang – ‘Jangan Sentuh Anak Saya, Tak Ada Kena Mengena Dengan Isu Rumah Tangga!

by Puteri Alia
October 22, 2025
Share on Facebook

Pelakon sensasi Uqasha Senrose tampil memberi amaran tegas agar orang ramai tidak mengaitkan anak tunggalnya dalam kemelut rumah tangga bersama suaminya, pelakon Kamal Adli. Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, apa yang sedang berlaku antara mereka sebagai pasangan suami isteri tidak wajar dikaitkan dengan anak kecil mereka, Hawa Uqaira.

“Jangan sentuh anak saya. Tak ada kena mengena dengan anak. Saya jaga dia sejak kecil,” katanya dengan nada tegas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Ketika ditanya mengenai keadaan puteri tunggalnya itu, Uqasha menjelaskan bahawa Hawa masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang sedang berlaku, apatah lagi menjawab pertanyaan berkaitan bapanya. “Dia umur setahun nak tanya apa,” balasnya ringkas.

Sepanjang sesi temu bual bersama pihak media, pelakon filem Paku Pontianak itu kelihatan tenang namun enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya. Uqasha hanya menjawab dengan anggukan bagi beberapa soalan lain yang diajukan wartawan, seolah-olah enggan memanjangkan perbincangan tentang perkara tersebut.

Sementara itu, peguam mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd. Manaf, turut menegaskan bahawa anak guamnya tidak mahu menyentuh sebarang isu berkaitan anak dan memilih untuk memberi tumpuan kepada alasan utama perceraian, iaitu tiada persefahaman antara pasangan tersebut.

“Kalau boleh kita tak nak sentuh apa-apa berkaitan isu anak. Antara alasan hari ini tiada persefahaman sahaja, jadi berkaitan anak-anak tak ada kena mengena,” katanya kepada media.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh prosiding kedua kes perceraian pasangan selebriti berkenaan selepas prosiding pertama berlangsung hari ini tanpa kehadiran Kamal yang difahamkan sedang menjalani penggambaran.

Kamal Adli Kongsi Kapsyen 'Hancur', Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata Semangat!-"Allah Uji.."

Sebelum ini, Uqasha pernah berkongsi di media sosial mengenai keletihannya menjaga anak tunggalnya itu yang mengalami batuk berpanjangan hingga dia terpaksa mengorbankan waktu tidur. Dalam hantaran tersebut, jelas kelihatan kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang mengutamakan anak melebihi segalanya, walau dalam keadaan emosi yang sedang diuji.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, pada April tahun lalu. Namun, selepas hampir tiga tahun bersama, rumah tangga pasangan popular itu kini goyah dan menjadi perhatian hangat peminat hiburan tanah air.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/aurh0
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara