Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Usah Banding, Shuib Sudah Nyatakan Kepada Bakal Isterinya Watie Tentang Kedudukan Siti Sarah Tetap No1 Di Hatinya

by Puteri Alia
May 16, 2023
Share on Facebook

Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, miskin atau kaya.

Setiap di antara kita pasti pernah merasainya. Ada suami yang kehilangan isteri, ada pula isteri yang ditinggalkan suami.

Tidak kira sesiapa sahaja yang amat kita sayangi, mereka adalah seseorang yang telah berkongsi saat suka dan duka bersama kita tidak kira sekejap atau lama. Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas kematian mereka bukanlah satu hal yang mudah.

Sebagai contoh, nama allahyarham Siti Sarah dikhabarkan selamanya akan istimewa terpahat dalam hati pelawak Shuib, 39, meskipun tidak lama lagi dia bakal ditemani isteri baharu dalam hidupnya.

Justeru, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menegaskan bahawa sesiapa pun tidak patut membandingkan arwah dengan tunangnya, Watie Hanifiah, 35.

“Sarah itu sudah ke tempat yang paling istimewa buat saya dan Watie pun tahu hal itu. Perbandingan itu sebenarnya tak patut berlaku. Sebab kita kena terima realitinya.

“Ini kerana tak adil untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia kan? Dia nak ada untuk saya itu sebab anak-anak, keluarga.

“Perbandingan itu pun nanti mungkin akan menyakitkan orang juga,” katanya.

Shuib juga percaya Watie pasti akan matang berdepan dengan perhatian diterimanya selepas berkahwin dengan selebriti.

“Saya dapat bantuan dengan pengurusan juga untuk terangkan bagaimana berhadapan dengan situasi-situasi yang dia tidak pernah lalui.

“Saya sudah cakap, beratlah untuk saya. Saya selebriti dan situasinya lain bila dia masuk dalam hidup saya. Tapi, saya rasa semua pun akan melalui proses.

“Jadi proses itu yang akan mendewasakan kita. Saya tak boleh cakap dia betul-betul bersedia, tapi harapnya begitulah,” katanya.

Menurut Shuib lagi, hal terpenting difikirkan sebelum mencari teman hidup baharu adalah individu itu sebaiknya bukan dari kalangan selebriti.

Thalita Tampil Anggun Bertudung, Peminat Teruja

“Dalam memikirkan siapa, saya takkan berkawan dengan selebriti. Sebab saya tahu macamana sibuknya selebriti, komitmen mereka terhadap kerja.

“Saya rasa, kenapa saya nak ambil risiko begitu? Semestinya dia akan jadi suri rumah 100 peratus, insya-Allah,” katanya.

Shuib dan Watie selamat bertunang pada majlis tertutup di kediaman Watie yang juga seorang usahawan di Shah Alam, pada 6 Mei lalu. Pasangan itu akan bernikah pada 23 Jun nanti.

Sebelum ini Shuib berkahwin dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011. Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana dijangkiti Covid-19.

Sebagai rekod, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

shuib
https://lomp.at/0im4h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore