Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Usahawan Melaka Berpeluang Dilatih Dr. Azizan Secara Langsung

by Phic ARMAN
September 7, 2023
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika menyampaikan bimbingan kepada 3,000 usahawan yang hadir dalam 10X Bina Bisnes Berjaya di Shah Alam, baru-baru ini.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika menyampaikan bimbingan kepada 3,000 usahawan yang hadir dalam 10X Bina Bisnes Berjaya di Shah Alam, baru-baru ini.

Share on Facebook

Melaka menjadi lokasi pertama penganjuran program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) di luar Lembah Klang dengan tema Bangkit Usahawan Melaka pada penghujung bulan ini.

Menurut Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program tersebut dianjurkan kami bersama Kerajaan Negeri dan Media Prima Berhad.


Katanya, inisiatif itu bagi menyokong terus usahawan-usahawan di negeri mereka yang kini berdepan pelbagai cabaran antaranya ekoran polikrisis dan Melaka menjadi lokasi pertama.

“Program 10XBBB yang buat julung-julung kalinya kami adakan bersama Kerajaan Negeri Melaka.

“Kita adakannya secara percuma khas untuk mereka sudah berniaga dan juga buat yang komited mahu membina perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by RichWorks (@richworks_official)

10XBBB ini akan diadakan di MITC Ayer Keroh, Melaka pada 30 September dan 1 Oktober selepas dianjurkan di Shah Alam , 2 dan 3 September lalu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mentor Usahawan yang juga Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi program bual bicara Wira Usahawan setiap Rabu malam yang disiarkan secara langsung di platform media sosial Azizan Osman Official.

Tambahnya, program 10XBBB ditaja sepenuhnya khusus buat usahawan yang serius ingin berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

“Alhamdulillah, program ini juga mendapat sokongan Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi membantu usahawan daripada golongan muallaf dan asnaf untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Bagaimanapun, bilangan tempat yang ada agak terhad dan saya mencadangkan agar para usahawan terus memohon segera kerana ada pembaharuan model yang akan dibawakan untuk 10XBBB edisi kali ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, program juga mendapat sokongan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin.

“Ini merupakan suatu insiatif yang dapat membantu para usahawan di Melaka. Oleh itu, mereka disarankan untuk mendaftar segera sebelum permohonan ditutup,” ujarnya yang dimuat naik dalam laman Facebook Kerajaan Negeri Melaka.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar dan lebih 3,000 peserta 10X Bina Bisnes Berjaya di Shah Alam, baru-baru ini.

Terdahulu, program 10XBBB yang pertama tahun ini baru sahaja diadakan di IDCC, Shah Alam pada 2 dan 3 September yang lalu.

Bagi usahawan di sekitar Melaka yang berminat, anda dijemput untuk memohon menerusi laman sesawang www.binabisnesberjaya.com.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dr. Azizan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara