Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Usahawan Wajib Tahu! Strategi & Ilmu Jenama Dibongkar di NCF2025

by Phic ARMAN
August 14, 2025
Share on Facebook

Hari ini, MURAI sempat hadir ke National CEO Forum 2025 (NCF2025) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, KL. Bukan acara biasa-biasa, bayangkan 200 CEO, tokoh GLC, dan pembuat dasar negara semua berkumpul berbincang pasal masa depan jenama Malaysia.

Kalau ikut kajian Interbrand 2024, jenama-jenama di seluruh dunia dah rugi nilai belum direalisasi sebanyak USD200 bilion (lebih kurang RM947 bilion) dalam masa dua tahun lepas. Puncanya? Terlalu fokus pada strategi jangka pendek dan kurang beri perhatian pada pelan jangka panjang.

Malaysia pula, dalam Global Soft Power Index 2025 (Brand Finance), berada di tangga ke-36 dengan skor 46.1. Situasi ini ibarat kita berada di persimpangan sama ada kita terus kukuhkan strategi jenama atau berisiko ketinggalan dalam persaingan serantau dan global.

Tema forum kali ini, Brand Growth and Focus 2026, memang tepat dengan keperluan semasa. CTOS Data Systems, KNKV Group & Muslim Insider Chamber of Commerce bergabung tenaga menganjurkan program ini dengan matlamat membantu jenama-jenama di Malaysia susun strategi berasaskan data sebenar. Tujuannya, bila masuk tahun 2026 nanti, jenama kita bukan saja kekal, tapi mampu memimpin pasaran.

Kata Lee Shin Mei (COO CTOS), ekuiti jenama ini seperti aset nilainya boleh naik atau turun mengikut pasaran. Sebab itu penting untuk pemimpin perniagaan ada data dan pandangan pasaran yang tepat supaya jenama mereka kekal kuat.

Sementara itu, Prof. Adj. Hj Adam Richman (CEO KNKV Group) pula kata, forum ini peluang besar untuk semua yang hadir perkuatkan kedudukan dan fokus supaya bersedia menguasai pasaran tahun depan.

Prof. Adj. Hj Adam Richman (CEO KNKV Group)

Penganjuran kali ini memang mantap, Hotel Seri Pacific jadi Venue Partner, UMK sebagai Rakan Strategik, SIRIM QAS sebagai Rakan Inovasi, HWAM sebagai Rakan Guaman, dan CTOS sebagai Due Diligence Partner. Semua bergabung tenaga untuk satu misi: memastikan jenama Malaysia kekal relevan dan berpengaruh.

Bagi kalian yang nak tingkatkan lagi strategi jenama, KNKV Group sentiasa bersedia jadi rakan strategik untuk mengangkat kandungan kreatif dan membangunkan strategi eksklusif supaya jenama kalian bukan sekadar menarik, tapi memberi impak besar. Untuk info lanjut, boleh layari www.knkvgroup.com.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Interbrand 2024National CEO Forum 2025 (NCF2025)Prof. Adj. Hj Adam Richman
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara