Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Saya Mengaku Saya Tidak Vaksin & Bawa Orang Yang Tak Vaksin Ke Saudi” – Ustaz Abu Syafiq

Dia turut mengaku bahawa dirinya juga tidak divaksin

by Khai Azfar
January 11, 2022
Share on Facebook

Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan hantaran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang membuat pendedahan mengejutkan ramai.

Ustaz Abu Syafiq Mengaku Bawa Jemaah Tidak Divaksin 

Dalam tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna laman Twitter, hantaran tersebut dipercayai dibuat Abu Syafiq di Instagram nya pada Ahad. Dalam kenyataan nya itu, dia membuat pengakuan secara terbuka mendedahkan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksin ke tanah suci. Malah, dia turut mengaku bahawa dirinya juga tidak mengambil immunisasi mencegah wabak COVID-19 itu.

“Saya mengaku saya tidak Vaksin dan bawa orang yg tak Vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab Vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun Vaksin ini. Seperti segala jenis Vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar'” akuinya

Khuatir Malaysia Dikenakan Sekatan 

Menjengah ke laman Twittter, rata-rata pengguna menyelar tindakan pendakwah itu yang disifatkan mereka sebagai melampau dan memalukan imej negara. Tambah mereka lagi, tidak mustahil sekiranya Arab Saudi akan mengenakan sekatan terhadap Malaysia berikutan terdapat jemaah yang tidak divaksin berjaya meloloskan diri.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif Covid-19 varian Omicron dan diantara mereka ini tidak divaksin. Lebih mengejutkan, KJ turut melaporkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual dan memalsukan sijil Vaksin kepada mereka yang memerlukannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
antivaksincovid-19Ustaz Abu Syafiq
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara