Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial.
Kongsi Momen Sahur Bersama
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Tiara yang kelihatan masih mengantuk itu dilihat menikmati hidangan sahur di meja makan bersama bapa dan ibunya di kediaman mereka. Malah, Achey dilihat turut mengusik anak perempuannya yang menikmati sahur sehingga menambah nasi.
“Berpuasa dan sahur. Salah siapa?”-kapsyen Achey di TikTok
@tiaracandy_official Day 14,Berpuasa dan cahur….Salah siapa ? 🤣🤣😂😂 #30hariragampuasatiara #day14puasa @ACHEY KINTANG KINTUNG @KAK_ANNE
♬ original sound – tiaracandy_official – tiaracandy_official
“Siap Sendawa Nak Habis Satu Cawan Air. Last-Last Nak Tambah Pulak…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Tiara yang kelihatan sangat mengantuk namun tidak lupa untuk menambah nasi ketika sahur bersama.
“Macam tak selera, tiba-tiba tambah nasi 😂.”
“Siap sendawa nak habis satu cawan air. Last-last nak tambah pulak hahaha.”
“Sukanya tengok Tiara makan, dengan muka kelat-kelatnya bersahur, Siao tambah lagi tu Alhamdulillah.”
“Suka tengok Tiara makan. Hari-hari tunggu tengok video dia sahur.”
“Saya suka vibes ayah-ayah macam Achey ni. Saya pun macam ni dengan abah saya masa kecik-kecik bawa ke besar. Tapi sekarang abah saya dah tak ada. Sunyi betul hidup saya.”
“Hari ni bapa dia terlebih hyper 😂, selalunya lagi lemau dari anaknya 😆.”
“Seronok tengok dia makan, anak aku bulan puasa ni penuh puasa. Memang tak suka makan. Susah betul. Macam mana nak bagi dia berselera macam Tiara? Dia puasa tak nak buka masalahnya. Risau betul.”
Sekadar info, Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat, Tiara Nur Zinnirah yang diambil pada tahun 2018.
Apa komen anda?






