Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha, Tapi Video 15 Tahun Lalu Kena Serbu?

Penantian 16 tahun akhirnya berbaloi. Dari budak kecil atas pentas, kini juara sebenar!

by Phic ARMAN
June 16, 2025
449
KONGSIAN
Share on Facebook

Lepas diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha, bukan sahaja nama Ariel Fesol jadi bualan, tapi satu video lama 15 tahun lalu turut mencuri perhatian ramai. Video tersebut memaparkan Ariel yang ketika itu dikenali sebagai Arill, sedang membuat persembahan lagu “Suara Hati” dalam rancangan popular Idola Kecil.

Apa yang lebih mengejutkan, video yang sudah lama disimpan dalam arkib YouTube itu kini dibanjiri ribuan komen peminat yang baru menyedari Ariel sudah lama aktif menyanyi sejak usia kecil.

YouTube video

“Tahniah jadi juara Big Stage ye Arill. Satu penantian yang tak sia-sia.”
“Rasa sebak tengok balik video ni. Penantian 15 tahun akhirnya terbayar.”
“Dulu tengok dia kat TV masa kecik. Sekarang dah besar dan jadi juara!”

Semalam di malam final Big Stage Alpha, Ariel tampil luar biasa dengan membawakan lagu “I Don’t Wanna Miss A Thing” dari Aerosmith. Persembahan itu bukan saja memukau juri, tapi juga penonton di rumah, menjadikan dia pilihan utama untuk menggenggam gelaran juara. Ariel berjaya membawa pulang RM30,000 beserta trofi sebagai simbol kemenangan.

Dalam ucapan kemenangannya, Ariel mengakui perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukan mudah:

“Saya tunggu momen ini selama 16 tahun. Macam-macam pertandingan saya masuk, tapi tak pernah menang. Malam ini, saya akhirnya berjaya.”

Perjalanan seni Ariel adalah contoh terbaik tentang kesabaran, ketekunan dan semangat tidak berputus asa. Dulu dikenali sebagai ‘budak kecil bernama Arill’ yang menyanyi penuh perasaan di pentas Idola Kecil, kini Ariel Fesol berdiri megah sebagai juara Big Stage Alpha, membuktikan impian itu takkan pernah luput bila terus diperjuangkan.

Dan mungkin yang paling menyentuh hati, video lama itu kini bukan sekadar kenangan, tapi simbol sebuah penantian yang akhirnya sampai ke garisan penamat.

Ariel FesolBig Stage Alpha
https://lomp.at/4at0t
Share180Tweet112SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore