Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Balan Kash Jadi Sebutan Di Parlimen! Apa Dah Jadi Sebenarnya?

by Zaidin Albert
August 25, 2025
Share on Facebook

Nama Balan Kash tiba-tiba jadi trending bila disebut dalam Parlimen sendiri. Semua gara-gara album sulung beliau dalam bahasa Melayu berjudul “CEKAP” yang mendapat spotlight terus daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi siap highlight kejayaan projek ini yang dibiayai oleh MyCreative Ventures, album ini sudah bawa Balan ke pentas antarabangsa, lebih 30 persembahan lokal, selain berjaya mendapat nominasi di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

View this post on Instagram

A post shared by BALAN KASH (@balankash)

MV “CEKAP” Rasmi Dilancarkan

Sempena bulan kemerdekaan, Balan Kash dengan pasukan SVLTAN Management melancarkan official music video (MV) untuk “Cekap” pada 21 Ogos, jam 9 malam.

YouTube video

MV ini bukan sekadar visual biasa. Ia gabungkan hip-hop moden dengan simbol budaya yang penuh makna, satu bentuk meraikan kebanggaan, perpaduan, dan identiti Malaysia.

Dikir Barat sebagai pembukaan, terus beri rasa tradisional sebelum beat hip-hop masuk. Adegan derma darah sebagai simbolik kemanusiaan dan nilai kita sama sebagai rakyat Malaysia.

Circle of Unity, iaitu babak klimaks apabila rakyat dari pelbagai bangsa berdiri berganding tangan.

MV ini diarahkan oleh Kinggolddigga dan memberi tumpuan pada mesej perpaduan rakyat Malaysia dalam kepelbagaian. Lagu “Cekap” sendiri adalah gabungan hip-hop moden, bunyi klasik India, dan elemen tradisional Malaysia. Gabungan ini bukan sahaja segar, tetapi juga menjadi simbol muzik Malaysia yang berkembang mengikut zaman tanpa melupakan akar budaya.

Dengan pencapaian ini, jelas bahawa Balan Kash bukan calang-calang artis indie. Beliau muncul sebagai pencetus perubahan yang membawa hip-hop Malaysia ke tahap lebih besar, malah mendapat pengiktirafan sehingga disebut di Parlimen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Balan Kash
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara