Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

[VIDEO] Bukan Rezeki Tapi Allah Maha Berkuasa – Pesawat Patah Balik 2 Kali Bawa Jemaah Haji

Doa yang jujur dari hati yang hancur.

by Arsiqin Yusof
May 29, 2025
345
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti kisah dalam drama, namun inilah bukti kekuasaan Allah. Beberapa hari lalu, satu kisah luar biasa hangat diperkatakan di Tanah Arab.

Kisah ini mengenai jemaah haji dari Libya, bernama Amer Al-Mahdi Mansoor.  Hajatnya cuma satu, ingin mengerjakan Haji pada tahun ini. Seperti jemaah lain, beliau sudah bersiap sedia dan tiba di lapangan terbang tepat pada masanya. Namun, takdir punya kisah lain.

Terlepas Penerbangan

Disebabkan beberapa isu keselamatan di lapangan terbang, proses pemeriksaan keselamatan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Walaupun Amer telah check-in dan berada dalam terminal, dia terlewat dilepaskan ke pintu berlepas. Akhirnya, pesawat berlepas tanpa dirinya.

Tiada salah dari pihak Amer. Namun, pesawat perlu berlepas mengikut jadual. Ramai pegawai lapangan terbang menenangkan beliau dan ada yang berkata,

“Mungkin bukan rezeki kamu untuk Haji tahun ini.”

Amer terduduk. Dia tidak mahu pulang. Tidak mahu bergerak dari tempat duduk. Hatinya hancur dan air matanya mengalir. Tetapi, satu yang dia tidak tinggalkan, doa dan tawakkal.

 “Saya berhasrat untuk menunaikan haji, dan insya-Allah, saya akan pergi.” Kata Amer nekad.

Pesawat Berpatah Balik Dua Kali!

Saat Amer masih teresak dalam kesedihan dan doa, berita mengejutkan muncul. Pesawat yang dinaikinya tadi terpaksa berpatah balik! Ada masalah teknikal yang tidak dapat dikenal pasti. Namun, Amer masih tidak diizinkan untuk memasuki kaal dengan alasan enjin kapal terbang sedang dihidupkan. Jurutera melakukan pemeriksaan dan setelah semuanya dilihat selamat, pesawat berlepas semula.

Topik Berkaitan Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

Namun sekali lagi, di pertengahan penerbangan, pesawat mengalami masalah teknikal misteri. Sekali lagi, pesawat berpatah balik ke lapangan terbang.

Kali ini, keputusan yang luar biasa dibuat oleh kapten dan kru pesawat:

“Bawakan Amer naik pesawat ini. Dia mesti bersama kami ke Tanah Suci. Saya bersumpah saya tidak akan terbang lagi melainkan Amer bersama kami dalam pesawat ini.”

Amer dipanggil semula. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dari kecewa dan hampa, kini harapannya menyala semula. Dengan mata yang masih merah, Amer menaiki pesawat dengan perasaan yang hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/ssstwitter.com_1748487015848.mp4

“Ini Bukan Kebetulan” – Penerbangan Ketiga, Tiada Masalah

Pesawat akhirnya berlepas buat kali ketiga. Setelah pemeriksaan teliti dilakukan sekali lagi dan semua sistem disahkan selamat, penerbangan kali ini berjalan dengan lancar.

Tiada lagi notifikasi kecemasan di kokpit. Tiada lagi masalah teknikal. Penerbangan diteruskan menuju ke Tanah Suci.

Kisah ini telah menjadi buah mulut masyarakat di dunia Arab. Ramai yang melihatnya sebagai Karamah atau tanda campur tangan ilahi menjadi bukti bahawa Allah tidak pernah tidur dalam mendengar doa dan harapan hamba-Nya.

“Bukan takdir yang menolak Amer dari pergi Haji, tapi takdir sedang menunggu waktu yang tepat untuk mengangkat doanya.”

Mereka menyebut, mungkin pesawat itu tidak diizinkan terbang dengan sempurna kerana ada satu jiwa yang tertinggal, seorang yang ikhlas ingin ke rumah Allah.

Topik Berkaitan Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

Pengajaran Buat Kita Semua

Kita semua pernah kecewa. Pernah terlepas peluang. Pernah rasa hampa bila usaha kita tidak membuahkan hasil. Tetapi kisah Amer ini mengajar satu perkara penting, selagi belum tiba ajal, selagi itulah pintu harapan terbuka.

Tawakkal dan doa bukan hanya untuk memujuk hati, tetapi untuk mengetuk pintu langit.

Mungkin ujian itu hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa. Kerana Allah yang menggenggam seluruh langit dan bumi, tidak pernah lalai terhadap doa yang jujur dari hati yang hancur.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ajaibhajimekahTanah Suci
Share138Tweet86SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara