Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah bakal dikenakan denda sehingga 10,000 riyal (sekitar RM10,500). Lebih mengejutkan, ada juga yang mendakwa individu terlibat boleh ditahan dan dihantar pulang ke negara asal!

Namun, jangan cepat panik. Pihak Tabung Haji tampil memberikan penjelasan sebenar  dan berita baiknya, dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, jemaah sebenarnya dibenarkan untuk mengambil gambar di kawasan Masjidil Haram termasuk sekitar Kaabah. Cuma, ada satu perkara penting yang perlu diambil kira.

Katanya, walaupun tiada larangan rasmi, jemaah disarankan untuk tidak bergambar atau merakam video ketika sedang melaksanakan ibadah, khususnya semasa tawaf.

“Masa tawaf jangan buat video kerana ia boleh mengganggu tumpuan ibadah sendiri dan juga pergerakan jemaah lain,” jelasnya dalam sidang media mingguan.

Mohd Hisham (tengah) menyarankan jemaah tidak bergambar ketika sedang melaksanakan ibadah walaupun tiada halangan.

Maknanya mudah nak ambil gambar? Boleh. Tapi pilih waktu yang sesuai, contohnya selepas selesai tawaf atau di kawasan sekitar masjid tanpa mengganggu orang lain.

Dalam perkembangan sama, operasi haji musim ini dilihat berjalan lancar sejak penerbangan pertama pada 18 April lalu. Setakat ini, ribuan jemaah Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci dengan urusan penerbangan dan pergerakan berjalan mengikut jadual.

Topik Berkaitan Ramai Tak Tahu! RM28 Setahun Dah Boleh Dapat Perlindungan Hingga RM96,000 Dengan Tabung Haji

Pihak Tabung Haji juga sempat mengingatkan jemaah supaya sentiasa membawa kad Nusuk, kerana ia akan diperiksa oleh pihak berkuasa Arab Saudi di beberapa lokasi penting.

Selain itu, isu jemaah tersasar di sekitar Masjidil Haram juga bukan perkara baharu. Biasanya ia berlaku kerana masuk dan keluar melalui pintu berbeza. Jadi, nasihatnya bergeraklah secara berkumpulan dan sentiasa berhubung dengan petugas.

Jadi jangan mudah percaya dengan info tular tanpa semakan. Dalam suasana ibadah yang penuh makna ini, fokus utama tetap pada niat dan kekhusyukan. Bergambar itu kenangan, tapi ibadah itu keutamaan

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hajikaabahTabung Haji
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Foto - @hina96_ (IG)
Kecantikan

Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu alami situasi di mana bila pegang rambut dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Tambah pula...

Read moreDetails
LifeXplore

Daripada Awana Kijal Ke Resorts World Kijal, 30 Tahun Bukan Sekadar Nama

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Kalau anda pernah dengar nama Awana Kijal, mungkin terus terbayang sebuah resort tepi pantai yang pernah menjadi pilihan keluarga untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

AIM25 Cecah 24.5 Juta Tontonan, TVS Buktikan Sarawak Boleh Gegarkan Pentas Nasional

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Siapa kata acara besar mesti berlangsung di Kuala Lumpur baru boleh mencuri perhatian seluruh negara? Buktinya, Anugerah Industri Muzik ke-25...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
LifeXplore

Westlife 25 Di KL: Satu Malam Tak Cukup Untuk Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Nampaknya satu malam memang belum cukup untuk peminat Malaysia bernostalgia dengan lagu-lagu Westlife. Selepas menerima sambutan hebat bagi persembahan pertama,...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini,  Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara