Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang

by Zaidin Albert
August 15, 2025
Share on Facebook

Murai tak tipu, bila tengok video yang dikongsikan pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwill Ini, terus rasa macam dibawa ke alam cerita dongeng. Video tu menampilkan pasangan mempelai diraja paling hot bulan ini, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah dan isterinya Datin Seri Nadia Esham di majlis perkahwinan mereka pada 9 Ogos lalu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Buat yang belum kenal, Raja Ahmad Nazim bukan sekadar pewaris darah diraja Perak, tapi juga dikenali sebagai seorang yang merendah diri, mesra dengan rakyat, dan sangat menghormati adat. Dalam banyak acara rasmi, baginda sering tampil ramah menyapa orang sekeliling dan tak kekok untuk berborak santai, membuatkan ramai senang dengan keperibadiannya.

Dan bila sebut pasal fesyen diraja, nama Radzuan Radziwill memang dah lama sinonim dengan dunia couture tanah air. Beliau terkenal sebagai pereka yang teliti pada setiap inci rekaan, mahir memadukan unsur tradisi dengan sentuhan moden, dan sudah berpengalaman lebih dua dekad menghiasi figura-figura ternama negara. Jadi tak hairanlah bila busana pengantin Datin Seri Nadia kali ini hasil tangan Radzuan, kita tahu, ia pasti memukau.

@radzuanradziwill

Datin Seri Nadia Esham berbusana menawan dari Datuk Radzuan Radziwill #royalperakwedding #radzuanradziwill

♬ original sound – RADZUAN RADZIWILL – RADZUAN RADZIWILL

Busana putih yang digayakan Nadia memancarkan simbol kesucian dan keanggunan. Jahitan kemas, fabrik yang jatuh cantik, dan padanan selendang putih polos yang tersusun rapi di bahu membuatkan keseluruhan penampilan bak seorang puteri diraja dari kisah fantasi.

Paling sweet, dalam video tu jelas kelihatan wajah Radzuan yang tersenyum lebar, matanya penuh rasa bangga melihat busana ciptaannya disarung oleh Nadia. Riak kegembiraan itu seolah-olah menceritakan betapa setiap jahitan pada baju itu dihasilkan dengan penuh kasih sayang dan dedikasi seorang pereka.

Nadia sendiri, fuh… wajah manis dia dipadankan dengan solekan natural, buatkan semua elemen dalam busana tu ‘blend’ sempurna. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, Murai boleh kata, tak ada satu pun yang kurang!

Momen yang Radzuan kongsikan tu bukan sekadar tunjuk hasil kerja tangan dia, tapi juga memaparkan kebahagiaan tulen pasangan ini. Bayangkan, seni fesyen tradisi, kemewahan putih yang suci, dan senyuman manis seorang pengantin semuanya dalam satu frame.

Jujurnya, penampilan Datin Seri Nadia Esham hari itu bukan setakat cantik… tapi ikonik. Satu memori fesyen diraja yang pasti akan diingati ramai untuk tahun-tahun akan datang.

Datin Seri Nadia EshamRadzuan RadziwillRaja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah
https://lomp.at/q5730
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore