Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

[VIDEO] Dari Dunia Nyanyian & Politik, Krisdayanti Kini ‘Terjun’ Ke Dunia Wushu Wakili Indonesia!

by Nurul A.
October 15, 2025
Foto - @folkative (IG)

Foto - @folkative (IG)

Share on Facebook

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Krisdayanti mewakili Indonesia untuk sukan wushu? Sangat mengejutkan!

Baru-baru ini tular beberapa foto dan video yang memaparkan penyanyi-ahli politik Krisdayanti sedang bersedia untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Kungfu Dunia ke-10 di Emeishan, China. Kejohanan tersebut dilaporkan berlangsung dari 14 sehingga 20 Oktober 2025.

Menerusi hantarannya di Instagram, Krisdayanti telah berkongsi momen latihan simulasi terakhirnya. Bukan itu sahaja, kehadiran bekas atlet wushu Indonesia, Achmad Hulaedi turut menekankan kesungguhan dan sokongan profesional kepada Krisdayanti.

View this post on Instagram

A post shared by Yayasan Inti Bayangan (@yayasanintibayangan)

Krisdayanti bakal bertanding dalam kategori Wushu Taolo, dikenali sebagai seni memperagakan pergerakan atau bentuk. Kategori ini menekankan keindahan dan ketepatan satu siri pergerakan, sama ada secara individu, berpasangan atau berpasukan tanpa melibatkan pertempuran fizikal.

Atlet dalam kategori Wushu Taolo akan bersaing dalam pelbagai acara yang ditentukan oleh alatan yang digunakan seperti pedang, kayu, lembing, kipas atau hanya menggunakan tangan kosong.

View this post on Instagram

A post shared by Kris Dayanti (@krisdayantilemos)

Memetik kata-kata Krisdayanti, penyanyi ini mendedahkan bahawa kejohanan ini bukan sekadar pertandingan tetapi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara negara melalui pertukaran budaya serta seni mempertahankan diri.

View this post on Instagram

A post shared by Kris Dayanti (@krisdayantilemos)

Krisdayanti diketahui telah lama melakukan sukan wushu dan bagi persiapan kejohanan ini, dia telah mendapat latihan secara terus daripada Yayasan Inti Bayangan.

Beberapa hantaran di Instagram telah menunjukkan bagaimana Krisdayanti berlatih dengan serius sambil mengenakan kostum ungu muda dan merah jambu.

View this post on Instagram

A post shared by Kris Dayanti (@krisdayantilemos)

Untuk pengetahuan semua, Kejohanan Kungfu Dunia menggunakan pembahagian kelas berdasarkan umur atlet. Berdasarkan rujukan kepada peraturan yang dikeluarkan oleh penganjur, Krisdayanti beraksi dalam Kumpulan E. Kelas ini disediakan khusus untuk atlet berumur antara 40 hingga 59 tahun.

Sekadar info, Krisdayanti mula menunjukkan minat terhadap wushu pada pertengahan tahun 2025. Ketika itu, dia didakwa masih belum menyatakan hasrat untuk menyertai kejohanan terbabit.

5 Selebriti Indonesia Kahwini Orang Ketiga, Ada Krisdayanti Hingga Ahmad Dhani
krisdayantikrisdayanti wushu
https://lomp.at/6u64q
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore