Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Gelagat Tunku Azizah Rakam Sultan Pahang Tolak Perahu, Curi Perhatian Ramai!

by Jash Lee
April 22, 2025
Share on Facebook

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

“Semua Sayang Sultan Pahang Sebab Apa Apa Yang Baginda Buat Selalu Guna Common Sense”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kesultanan.pahang yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 66 ribu dan sebanyak 2,704 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Sultan Pahang yang turun dari perahu yang dinaikinya itu kerana tersangkut dan kemudian baginda turut serta menolak perahu tersebut.

@kesultanan.pahang

[SEDUTAN VIDEO] Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan turun ke sungai dan menolak sendiri bot berhampiran Kampung Sungai Sepia ketika menyusur Sungai Pahang ke Pos Kawalan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah menggunakan bot dari Jeti Kampung Bantal, Ulu Tembeling pada 14 April 2025. Eksklusifnya, video berkenaan dirakam oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. -KESULTANAN PAHANG

♬ original sound – Kesultanan Pahang – Kesultanan Pahang

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Sultan Pahang dan keluarganya sangat merendah diri terutamanya apabila beramah mesra dengan rakyat jelata. Tambah mereka lagi, beruntung negeri Pahang kerana peroleh Sultan seperti baginda.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

[VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat...
sultan pahangSultan Pahang Tolak Perahutunku azizah
https://lomp.at/gb780
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara