Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] “Jangan Biadab…”- Zhiddin Aziz Kecam Tindakan Pemain Bola Indonesia

by Phic ARMAN
November 10, 2025
Share on Facebook

Rakyat Malaysia kini geram tak hengat selepas video pemain bola Indonesia, Adam Alis, tular di media sosial. Dalam video itu, Adam didakwa menghina anggota polis ketika mereka menjalankan tugas, mencetuskan rasa tidak puas hati yang meluap-luap.

Pempengaruh terkenal, Zhiddin Aziz, tampil memuat naik video di TikTok, menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil tindakan segera dan menasihati warga asing supaya menghormati undang-undang negara.

“Rakyat Malaysia geram kerana dia menuduh polis mahu ‘paw’ duitnya, sedangkan anggota polis wajib memakai kamera dan mikrofon di badan. Tak ada ruang langsung untuk perbuatan itu!” katanya tegas.

Bagi yang belum tahu, Adam  merupakan pemain bola profesional dari Indonesia yang bermain di liga tempatan. Dia terkenal dengan gaya permainan agresif di padang, tetapi kini menjadi tumpuan kerana tingkah lakunya di luar padang yang mencetuskan kontroversi. Dalam video tular itu, Adam bersama dua rakannya didakwa ditahan polis kerana memandu melawan arus.

Polis kemudian meminta mereka menunjukkan pasport dan kad pengenalan Indonesia, tetapi didakwa gagal berbuat demikian. Polis juga menegur mereka supaya sentiasa membawa pasport ketika berada di negara ini.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Apa yang lebih membakar hati rakyat Malaysia adalah komen Adam Alis yang didakwa menghina polis tanpa bukti jelas. Netizen bertalu-talu mengkritik, dan ramai yang mendesak Adam memohon maaf secara terbuka kepada pihak berkuasa.

Situasi ini menimbulkan kemarahan meluas, dengan rakyat Malaysia menuntut agar warga asing menghormati undang-undang negara, serta polis dihormati ketika menjalankan tugas mereka.

Rasa tidak puas hati ini jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri bila martabat pihak berkuasa dipersoal tanpa sebab, dan tingkah laku selebriti atau pemain bola tidak sepatutnya mencemarkan imej negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Adam Alis
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara