Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Karya Fotografi Menakjubkan Pojiegraphy: Teknik Makro dan Nightografi 50MP Pada Galaxy S25 Ultra

Unlock Potensi Galaxy S25 Ultra: Tips Fotografi Makro dan Nightografi 50MP dari @Pojiegraphy

by Phic ARMAN
April 22, 2025
Share on Facebook

Bila telefon pintar seperti Samsung Galaxy S25 Ultra berada di tangan orang yang berpengalaman seperti @Pojiegraphy, ia bukan sekadar telefon biasa. Ia jadi alat canggih untuk menghasilkan gambar yang bukan main cantiknya. Dengan teknologi hebat yang ada pada Galaxy S25 Ultra, Pojie dapat ambil gambar dengan kreativiti dan ketepatan yang luar biasa.

Kredit Foto: Pojiegraphy

Nak tengok hasil kerja dia? Cuma singgah Instagram dia dan tengok sendiri cara dia bawa fotografi ke level yang lain!

Fotografi Makro: Tangkap Butiran Kecil yang Menarik

Fungsi makro pada Galaxy S25 Ultra membuka peluang untuk anda melihat dunia dari sudut yang lebih halus. Detail kecil yang biasanya kita tak perasan—contohnya corak pada daun, tekstur bulu kucing, atau sinaran mata haiwan—akan muncul dengan jelas.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/04/KV-GIF-1.mp4

Tip 1: Pencahayaan Itu Penting

Untuk tangkapan makro yang cantik dan tajam, pastikan pencahayaan tepat. Gunakan cahaya semula jadi dari tingkap atau lampu fokus untuk menyerlahkan tekstur. Elakkan cahaya yang terlalu terang, sebaliknya pilih cahaya lembut dari sisi untuk kesan yang lebih menarik.

Tip 2: Cari Subjek dengan Tekstur Menarik

Contoh senang, cari objek seperti bunga, kain, atau bulu. Subjek seperti ini nampak lebih menarik bila diperbesarkan.

Tip 3: Biarkan Kamera Buat Kerja

Dekatkan telefon dengan subjek dan tunggu ikon makro muncul. Kamera akan automatik bertukar ke mod makro. Kemudian, tekan fokus dan biarkan AI kamera buat kerjanya. Hasilnya? Warna terang dan detail tajam tanpa perlu ubah apa-apa.

Fotografi Malam? Tiada Masalah dengan Nightography!

Bila malam tiba, banyak kamera telefon biasa mula bergelut untuk menghasilkan gambar yang jelas. Tapi dengan Galaxy S25 Ultra, gambar malam tetap terang, jelas, dan penuh detail.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/04/KV-GIF-2.mp4

Tip 1: Gunakan Mod Pro

Kalau nak lebih kawalan, buka Mod Pro dan laraskan aperture, ISO, serta shutter speed ikut keperluan. Ini sesuai untuk tangkapan seperti lampu jalan, lilin, atau papan tanda neon.

Samsung Dedah Bayangan Awal Galaxy Z Fold 7: Rekaan Slim, Kamera AI Makin Canggih

Tip 2: Pastikan Kamera Stabil

Fotografi malam memang mudah blur kalau tangan tak stabil. Gunakan tripod atau letak telefon atas permukaan rata untuk elakkan gegaran.

Tip 3: Guna Mod Malam untuk Gambar Cepat

Nak yang lebih mudah? Mod Malam akan proses beberapa gambar serentak dan hasilkan gambar yang terang walaupun dalam keadaan gelap.

Tips Tambahan untuk Pengguna Galaxy S25 Ultra:

Aktifkan Garisan Grid – Mudah nak ikut aturan rule of thirds supaya gambar lebih teratur dan menarik.

Main dengan Refleksi – Guna cermin, tingkap, atau lopak air untuk tambahkan simetri dan kedalaman dalam gambar.

Gunakan Lensa Ultra-Wide – Untuk pemandangan atau seni bina, lensa ultra-wide beri perspektif yang lebih besar dan dramatik.

Ambil Gambar dalam Format RAW – Kalau suka edit gambar lebih terperinci, rakam dalam format RAW supaya lebih fleksibel dalam pengeditan.

Nak tengok hasil sebenar Pojiegraphy dengan Galaxy S25 Ultra? Boleh ke pautan ini.

Ikuti @pojiegraphy di Instagram untuk lebih banyak tips dan inspirasi fotografi!

Promosi Menarik!
Dari sekarang hingga 30 April 2025, dapatkan rebat hingga RM1,600 apabila menaik taraf ke peranti Samsung Galaxy terpilih. Ini peluang terbaik untuk rasai sendiri kuasa Galaxy AI!

Galaxy S25 UltraPojiegraphysamsung
https://lomp.at/uvzkf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore