Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Keakraban Fatima & Fattah Amin Raih Pujian Ramai-“Daddy Cinta Pertamanya”

by Noah Ab
October 14, 2025
Share on Facebook

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Fattah Amin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 548 ribu, tanda suka sebanyak 35 ribu dan sebanyak 330 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Fatima yang cium pipi dan dahi Fattah Amin ketika mereka meluangkan masa bersama itu.

@fattahamin

Fatima 💙

♬ original sound – ライミモハメド – ᵣₐᵢₘᵢ

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak kisahlah apa yang berlaku kepada Fattah dan Fazura asalkan anak mereka itu peroleh kasih sayang yang cukup.

“never forget Fatima, daddy will always be your first love”

“Cinta anak pertama anak perempuan adalah ayahnya, sampai besar dia akan rapat dengan ayah”

“biasalah, anak perempuan kalau dengan ayahnya memang begini”

Info tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.

Pada 14 september 2025, Fattah Amin sah menjadi suami kepada pelakon, penyanyi dan pengacara yang dikenali ramai iaitu Amira Othman dengan perkahwinan yang ditonton seluruh rakyat Malaysia secara langsung.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

[VIDEO] "Macam Ni Cara Kita Jaga Madu.."-Erma Fatima Pegang Tangan Amira Othman
fatimafattah amin
https://lomp.at/d0n2a
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore