• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Kenapa Rihana Petra ‘Delete’ Semua Gambar Anaknya, Ismail Leon Petra?

by Phic ARMAN
July 17, 2025
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, kecoh di TikTok dan media sosial apabila ramai perasan sesuatu yang pelik tentang akaun Instagram Rihana Petra,  ibu kepada Ismail Leon Petra. Akaun yang dulunya penuh dengan foto-foto comel Leon kini sepi tanpa sebarang gambar jelas wajah anak kecil itu.

Lebih menarik perhatian, Rihana Petra sendiri kini dilihat sudah bertukar nama di Instagram dan secara umum kepada Oxana Gorbatenko, nama asal beliau sebelum perkahwinan. Perubahan nama itu seolah-olah memberi isyarat tentang fasa baru dalam hidupnya.

Untuk yang mungkin belum tahu, Rihana Petra atau Oxana Gorbatenko merupakan Ratu Cantik Moscow yang juga pernah memegang gelaran Miss Moscow pada tahun 2015. Dia pernah mencetuskan kontroversi  dengan video majlis perkahwinan mewah dengan Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ismail Leon Petra, yang kini sudah berusia 7 tahun.

“IG Rihana Dah Tak Ada Gambar Leon?”

Peminat yang selama ini mengikuti perkembangan Leon mula tertanya-tanya apabila melihat Instagram ibunya kini kosong daripada gambar wajah Leon.
Malah, akaun Instagram Leon sendiri juga sudah tidak kelihatan.

Antara komen-komen netizen yang tular di TikTok:

“Kenapa IG Rihana dah tak ada gambar terbaru Leon?”
“Mesti bersebab tu, atas desakan-desakan tertentu. Kita netizen tak tahu. Moga semuanya baik-baik lah…”
“Tapi kan, mak dia delete semua gambar-gambar Leon kat IG. IG mak dia pun macam dah tak ada langsung track kehadiran Leon…”

Jika dilihat pada akaun Oxana sekarang, hanya tinggal foto-foto Leon dari belakang sahaja, tanpa wajah jelas seperti sebelum ini.

Demi Privasi, Atau Ada Sebab Lain?

Langkah seperti ini bukanlah sesuatu yang asing bagi ibu bapa selebriti dan figura awam. Ramai yang memilih untuk melindungi privasi anak apabila mereka semakin membesar, terutamanya apabila tumpuan media terlalu besar.

Ada juga yang berspekulasi bahawa tindakan ini mungkin didorong faktor keselamatan atau desakan daripada pihak tertentu sesuatu yang tidak diketahui umum.

Namun yang pasti, Oxana kini nampaknya mahu lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang anaknya, terutamanya bila Leon kini sudah mencecah usia 7 tahun.

Netizen Terus Mendoakan

@lia_e18

ada yang tau dia siapa? #ismailleon #leonpetra #ismailleonpetra #petra #rihanapetra #rihana #oxanagorbatenko #oxana #cutebaby #babyboy #penerusdarahku #boy #anaklakilaki #anak #lakilaki #happy #happykids #kids #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Penerus Darahku – Raffi Ahmad

Walau apapun sebab sebenar di sebalik tindakan itu, peminat tetap mendoakan yang baik-baik sahaja buat Rihana dan Leon:

“Semoga semuanya baik saja. Kita doakan yang baik untuk mereka berdua.”

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Rihana Petra mengenai sebab sebenar beliau memadam semua foto wajah Leon dan menukar namanya kembali kepada Oxana Gorbatenko. Sama ada ini hanya sementara atau kekal, hanya masa yang akan menjawab.

Yang pasti, ramai yang tetap menanti suatu hari nanti untuk melihat senyuman comel Leon kembali menghiasi laman sosial biarpun hanya dari jauh.

Ismail Leon PetraOxana GorbatenkoRihana Petra
https://lomp.at/dr5v0
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore