Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Ketibaan Tun Mahathir & Isteri Disambut Baik Rakyat Jepun-“Diorang Kenang Jasa Tun”

by Jash Lee
July 10, 2025
Share on Facebook

Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Tun Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita melayu pertama yang memperolehi kursus perubatan di kolej perubatan King Edward VII di Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II. Beliau juga terkenal, kerana gemar bermain alat muzik terutamanya Biola dan Piano.

“Tun Adalah Antara Pemimpin Terbaik Semasa Di Era Beliau”-Netizen

Terdahulu, tular satu vieo yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @chedetofficial yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 261 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu dan sebanyak 1,456 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad, menghabiskan lawatan separuh hari ke Itabashi, iaitu salah satu daripada 23 ward atau bandaran, yang merangkumi Kota Raya Tokyo.

Lawatan Tun dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bagi memenuhi jemputan Datuk Bandar Itabashi, Takeshi Sakamoto. Bermula dari ibu pejabat Datuk Bandar Itabashi, ketibaan Dr Mahathir dan delegasi disambut meriah oleh seramai kira-kira 300 orang petugas di situ. Dr Mahathir turut mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Sakamoto dan beberapa pegawai tinggi ibu pejabat bandaran tersebut.

@chedetofficial

Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Isnin, menghabiskan lawatan separuh hari ke Itabashi, iaitu salah satu daripada 23 ward atau bandaran, yang merangkumi Kota Raya Tokyo. Lawatan Tun dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bagi memenuhi jemputan Datuk Bandar Itabashi, Takeshi Sakamoto. Bermula dari ibu pejabat Datuk Bandar Itabashi, ketibaan Dr Mahathir dan delegasi disambut meriah oleh seramai kira-kira 300 orang petugas di situ. Dr Mahathir turut mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Sakamoto dan beberapa pegawai tinggi ibu pejabat bandaran.

♬ original sound – chedetofficial – chedetofficial

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa jasa Tun suami isteri tdalam membangunkan ekonomi dan negara Malaysia tidak akan pernah dilupa dan ianya akan terpahat menjadi sejarah yang amat berharga pada masa akan datang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tun Dr Mahathirtun dr siti hasmah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  3. 3

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara