Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Selepas Askar Hisap Jari, Tular Pula Video Lelaki Cium Kepala Rakan Wanita

Lelaki tersebut yang merupakan rakan sekerjanya adalah berstatus suami orang

by Khai Azfar
October 8, 2021
Share on Facebook

Menakutkan! Itulah gambaran yang diberikan oleh pengguna di laman Twitter selepas tular video seorang lelaki mencium kepala seorang wanita.

Lelaki Berstatus Suami Orang Cium Kepala Wanita 

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh mangsa dikenali sebagai @nabshelby, kejadian tersebut sudah dua kali berlaku pada nya dan diperlakukan oleh individu yang sama.

Lebih memalukan, lelaki tersebut yang merupakan rakan sekerjanya adalah berstatus suami orang dan telah dibebaskan susulan laporan polis dibuat.

Jelas mangsa lagi, tujuan dia mendedahkan perkara tersebut adalah kerana ingin ia ditularkan sehingga isteri lelaki itu ketahui akan mengenainya selain menyeru kepada orang ramai yang pernah menjadi mangsa perkara sama untuk tampil ‘ke hadapan’ membuat laporan.

“Salam semua. Saya minta viralkan perkara yang saya sembunyikan. Saya di cium di kepala oleh salah sorang staf lelaki di tempat kerja saya. saya dah buat report ada bukti semua tapi dia dijamin oleh wife dia. i just nak viral sampai wife dia tau” ujarnya

Ingin Beri RM50 Kerana Rasa Serba Salah 

Sebelum ini @nabshelby telah berkongsi video tindakan tidak bermoral lelaki tersebut namun menerusi carian terkini Murai.my video itu telah pun dipadam. Difahamkan kejadian itu berlaku di pejabat mereka, dan tindakan lelaki itu mencium kepala mangsa dilihat seperti sengaja dan memberi alasan bahawa ingin mengambil cop yang telah terjatuh.

Dedah mangsa lagi, lelaki itu turut ingin memberi wang berjumlah RM50 selepas kejadian itu kerana berasa serba salah.

“Dan anda ingin tahu perkara paling tak senonoh dia buat? dia ingin beri saya RM50 hanya kerana dia rasa serba salah” katanya lagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna yang lain mengutuk tindakan lelaki tersebut selain bertindak menularkan akaun sosial media miliknya.

Terdahulu rakan portal kami di Wanista.com melaporkan tular video seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape mengalami gangguan seksual seorang lelaki dengan pakaian seragam tentera ketika membeli vape pod. Dalam video tersebut, lelaki itu mengambil vape pod dan memegang tangan wanita itu, sebelum meletakkan jarinya di mulutnya. Menerusi laporan media terkini, suspek telah berjaya ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aksi lucahvideo lelaki cium kepala cashier
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara