Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”

by Nurul A.
December 1, 2025
Foto - @sxdfraud (TikTok)

Foto - @sxdfraud (TikTok)

70
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya alasan orang ketiga itu hanya untuk menyelamatkan dirinya sahaja.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul dan mengheret isterinya. Insiden yang penuh dengan kekecohan itu didakwa terjadi selepas sang isteri menangkap suaminya berlaku curang dengan seorang wanita.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah gerai tepi jalan, apabila sang isteri meminta penjelasan mengenai hubungan sulit suaminya dan orang ketiga. Namun, lelaki tersebut tidak dapat mengawal dirinya dan mula bertindak kasar dengan memukul dan mengheret sang isteri.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1.mp4

Melihatkan kekecohan yang melibatkan aksi ganas itu, seorang pemuda yang berada di kawasan terbabit mula campur tangan untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Tetapi malang tidak berbau, dia turut diserang lelaki tersebut dan diberi amaran untuk tidak terlibat dalam pergaduhan mereka.

“Kau siapa? Kau nak tolong? Kau kenal aku tak? Jalan, jangan jadi barua.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/2.mp4

Dalam video yang sama, sang isteri turut meminta penjelasan daripada wanita yang didakwa menjadi orang ketiga mengenai panggilan mesra yang digunakannya terhadap lelaki tersebut. Namun, wanita tersebut cuba mempertahankan dirinya apabila disoal mengenai panggilan mesra itu.

“Dia bukan suami saya, saya bukan isteri dia. Astagfirullahalazim, memang aku panggil dia “B”, tapi tau tak “B” tu apa? Brother la. Rekod-rekod macam ni apa benda? Kalau betul aku tak bersalah, aku boleh saman korang.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Video-2025-12-01-at-12.13.49.mp4

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi termasuklah mengecam tindakan orang ketiga dan juga terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut.

“Baran betul laki ni. Setan dan naik kepala ke. Salah lelaki tu. Barang tersangat-sangat, dengan isteri sendiri dia rentap macam tu. Pastu kalau ada koma penjara 10 tahun.”

“Senangnya nak lepas tekak sendiri. “B tu apa?”. B tu brader.”

“Partner saya suruh panggil bb, patut lah saya tergerak hati nak panggil baby. Sebab bb tu (Blood Brother).

‘Ya Allah, rupanya selama ni aku panggil suami aku brader? Berdosa rasa.”

“Survival skill betul B Brader.”

Untuk rekod, berdasarkan pemerhatian beberapa video di akaun TikTok @sxdfraud, seminggu sebelum kejadian tersebut berlaku, sang isteri telah melihat suaminya dan juga wanita terbabit sedang berjumpa di sebuah kedai makan.

Sangkut 3 Jam, Gelagat Penumpang Tren Turun Masuk Semak Curi Perhatian- "Tiba Join Kem Jati Diri"
b brothersuami pukul isteritiktok
https://lomp.at/k1wl4
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore