Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Maher Zain Sempat Tunjuk ‘Skill’ Nyanyi Melayu, Umum Konsert Besar di Asia Tenggara 2025

by Phic ARMAN
June 12, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut nama Maher Zain, mesti ramai yang terus teringat lagu-lagunya yang penuh makna dan menenangkan jiwa. Selepas enam tahun, penyanyi kelahiran Sweden-Lubnan ini akhirnya kembali ke Malaysia dengan siri Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025. Ramai yang teruja sebab Maher bukan saja datang menyanyi, tapi juga janji nak ‘upgrade’ semula Bahasa Melayu demi peminat di sini.

Dalam sidang media semalam, Maher muncul secara langsung dari Turki dan sempat menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu. Tapi sebelum mula, dia minta maaf dulu — katanya dah lama tak berlatih, takut sebutan dah kurang tepat.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

“Saya akan berlatih semula untuk pastikan saya boleh nyanyi dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik masa konsert nanti,” katanya dengan senyuman.

Konsert Maher kali ini akan berlangsung di tiga lokasi:

  • 16 Ogos 2025 – Kuala Lumpur (Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil)
  • 21 Ogos 2025 – Singapura (The Star Theatre)
  • 23 Ogos 2025 – Kota Kinabalu (Dewan Canselor UMS)

Maher turut akui, Malaysia memang sangat dekat di hatinya. Negara ini jadi antara tempat awal yang banyak menyokong kerjaya nyanyiannya. Kali terakhir dia adakan konsert di sini pada tahun 2019, dan semua tiket habis dalam masa beberapa hari.

Selain lagu-lagu popular seperti Insha Allah, Baraka Allahu Lakuma, dan Thank You Allah, Maher juga bakal bawakan lagu-lagu baharu seperti Qalbi Fil Madinah dan Rahmatun Lil’Alameen. Paling menarik, ada lagu dalam Bahasa Melayu yang akan dinyanyikan khas untuk penonton Malaysia.

Menurut pihak penganjur, Yayasan Tengku Abdullah (YTA), konsert ini bukan sekadar hiburan. Ia juga satu usaha untuk menyebarkan mesej perpaduan, kasih sayang dan harapan — selari dengan semangat muzik Maher selama ini.

Info Tiket:

  • Pra-daftar: 12 Jun 2025, 12 tengah hari – 11:59 malam
  • Jualan umum: 13 Jun 2025, bermula 12 tengah hari
  • Harga bermula: RM158 (KL & KK) | SGD78 (Singapura)

Konsert ini turut dijayakan dengan kerjasama ERA, ZAYAN, SINAR, SYOK, Seismik, World of Buzz dan Lobak Merah, serta penganjur rasmi Hitman Solutions dan Happymoon.

Dengan lebih 8 juta pengikut di Instagram dan lebih 6 juta pendengar di Spotify setiap bulan, Maher terus beri inspirasi melalui muzik yang menyentuh jiwa. Kali ini, beliau kembali bukan sekadar untuk menyanyi, tapi untuk cipta semula kenangan indah bersama peminat di Malaysia.

“Kepada semua yang dah menunggu selama ini — kami kembali. Jom kita cipta kenangan manis bersama-sama,” kata Maher penuh semangat.

View this post on Instagram

A post shared by Maher Zain (@maherzainofficial)

Murai MY ingin ucapkan selamat kembali kepada Maher Zain. Semoga konsert kali ini bukan saja menghiburkan, tapi juga menjadi detik penuh makna buat semua yang hadir. Jumpa di sana nanti!

[GAMBAR] Maher Zain Pukau 5,000 Peminat, Ambang Merdeka Penuh Magis
Maher ZainYayasan Tengku Abdullah (YTA)
https://lomp.at/y9fhz
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore