Sunday, August 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Video Muzik Rasmi “JAWAB” Menjadi Taruhan Pertama Kucaimars

by Zaidin Albert
April 2, 2019
Share on Facebook

Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial mendapat sambutan hangat netizen, kini Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars muncul dengan single debut berjudul “JAWAB”.

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak dilamar bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia. “JAWAB” merupakan karya ciptaan ahli kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Single ini merupakan terbitan dan edaran Warner Music Malaysia.

Video muzik rasmi “JAWAB” arahan pemuda yang bernama Elfie Nazari ini membawa konsep jejaka yang dicurangi oleh teman wanitanya. Video muzik “JAWAB” dibintangi oleh Kucaimars sendiri dan menampilkan Sharifah Rose, model yang mengukir nama melalui laman media sosial.

“JAWAB” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 JANUARI 2019 manakala video muzik rasmi “JAWAB” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 29 MAC 2019 yang lepas.

Kucaimars
https://lomp.at/mqzvx
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem