Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Grim Reaper ‘Beria’ Pujuk Gadis Menangis- “Hantu Dah Start Serba Salah”

by Soph Azz
July 23, 2025
Foto - @elviraa.elr (TikTok)

Foto - @elviraa.elr (TikTok)

Share on Facebook

Murai yakin ramai setuju bahawa pergi ke taman tema adalah pengalaman yang paling menyeronokkan. Bukan apa, terdapat banyak tarikan yang mencabar dan setiap satunya tampil dengan tema yang berbeza termasuklah filem animasi hingga ke rumah hantu.

Walaupun tak dinafikan ramai yang teruja apabila berkunjung ke taman tema, bagi wanita ini pula ia mungkin pengalaman yang paling ngeri dalam hidupnya.

Foto – @elviraa.elr (TikTok)

Tular di platform TikTok, seorang wanita telah berkunjung ke taman tema air Lost World of Tambun yang terletak di Perak, bersama-sama dengan rakannya. Tetapi apa yang membuatkan ramai tertarik dengan video tersebut adalah, wanita tersebut menangis selepas memasuki rumah hantu di taman tema air itu.

Kapsyen, “Hantu pujuk lepas pergi rumah hantu. Dia tidak dibayar cukup untuk ini”.

@elviraa.elr

he doesn’t get paid enough for this 😭🙏🏼 #fyp #fypシ #viral #ghosthouse #funny #foryou #malaysia #foryoupage

♬ original sound – cheetos – elviraa.elr

Rasanya kamu sendiri tahu bagaimana individu yang memegang watak-watak hantu di dalam rumah hantu akan mengenakan solekan yang seram untuk menakutkan pengunjung. Dan tak semua pengunjung akan memberikan reaksi yang sama jika berdepan dengan hantu, ada yang chill bergelak tawa dan ada juga yang lemah semangat.

Foto – @elviraa.elr (TikTok)

Dalam video tersebut, satu karakter hantu iaitu Grim Reaper yang memakai pakaian serba hitam dan sabit cuba menghampiri wanita yang menangis itu. Riak wajahnya yang mengambil berat akan keadaan wanita itu, Grim Reaper cuba memujuk dengan mengatakan hantu-hantu dalam rumah hantu dimasukinya itu adalah palsu.

“Adakah awak okay? Semua tipulah yang dekat atas tu, semua permainan saja. Macam saya dekat atas tu ada. Awak duduk dulu relaks, nanti dah okay baru jalan.”

Foto – @elviraa.elr (TikTok)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan aksi hantu Grim Reaper yang cuba memujuk dan menenangkan wanita tersebut.

“Bang saya okay je kalau hantu lain datang pujuk. Tapi kalau Grim Reaper yang datang saya makin meraung dekat situ bang”, komen @madnaddy.

“Hantu empati dan sokongan emosi”, komen @fadhw_.

“”Semua tipu je kat atas tu”, apa soft sangat”, komen @rstunhs.

“Grim Reaper pun tau rasa bersalah”, komen @muhaiminhkmi_.

“Hantu people pleaser sebab serba salah”, komen @yushizn.

“Paling comel part “semua tipu.. macam saya” HAHAHA cukup bang”, komen zptwy.

“”R u ok?” dia punya rasa bersalah tu sampai sanggup keluar dari rumah hantu untuk tengok girl ok ka tak”, komen @joana_kiyowo30.

Kebanyakan komen lain turut menyatakan bahawa ‘hantu-hantu’ di rumah hantu Lost World of Tambun agak menakutkan dan menyeramkan berbanding di tempat lain.

Cuba kongsikan pengalaman kamu masuk rumah hantu pula.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
grim reaperLost World Of TambunRumah Hantu
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara