Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

[VIDEO] Peminat Jadi Agresif, Tarik Billie Eilish Di Barricade Ketika Konsert Jelajah

by Nurul A.
October 15, 2025
Foto - @billieeilish (IG)

Foto - @billieeilish (IG)

Share on Facebook

Paling mengejutkan!

Penyanyi Billie Eilish hampir cedera parah apabila salah seorang peminat telah menariknya di kawasan barricade semasa konsert jelajah ‘Hit Me Hard and Soft: The Tour‘ di Kaseya Centre, Miami, Florida.

Insiden itu terjadi selepas lagu “Guess” semasa interaksi peminat. Billie dilihat telah turun dari pentas dan berjalan di sepanjang barricade untuk berinteraksi dengan peminat di bahagian hadapan.

Bagaimanapun seorang lelaki secara tiba-tiba telah mencengkam dan menariknya dengan agresif ke bahagian barricade menyebabkan penyanyi dan sebahagian daripada barricade itu telah jatuh ke hadapan.

@sanndyyys

i felt so bad for her #billieeilish #billieeilishedit #fypage

♬ original sound – 𝔖𝔞𝔫𝔡𝔶

Billie bagaimanapun dapat melepaskan diri daripada lelaki terbabit apabila anggota pasukan keselamatannya bergegas untuk campur tangan. Penyanyi itu bangun dengan segera, terus menyapa peminat yang lain dan berjalan ke pentas seperti tiada apa yang berlaku.

Orang ramai dari pelbagai sudut telah merakam momen tersebut. Dalam beberapa video yang tular, penyerang yang didakwa ialah seorang lelaki yang memakai hoodie hitam dan topi besbol.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan bahawa penyerang telah ditangkap dan diiringi keluar dari tempat kejadian oleh anggota keselamatan dan polis tempatan.

@billie_fan18.12

#fyp #billieeilish #song #fan #haters

♬ i was only temporary – my head is empty

Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali Billie Eilish diserang peminat secara fizikal semasa membuat persembahan. Pada Disember 2024, dia pernah dipukul di bahagian wajah semasa duduk bersila di atas pentas dan menyanyikan lagu hitnya iaitu “What I Was Made For“.

@void222_

someone threw a bracelet at Billie #billieeilish #fyp #fypツ #viral #billie #BILLIEEILISH #whatwasimadefor #whatwasimadeforbillieeilish #billietour #billiehmhas #hitmehardandsoftbilllieeilish

♬ dźwięk oryginalny – VOID

Semasa tayangan perdana dunia ‘Barbie’ pada Julai 2023, Billie mendedahkan bahawa dia telah ‘dipukul’ sepanjang enam tahun sambil menggesa peminat untuk tidak membuang barang ke atas pentas.

Agak-agak kamu, sebab apa ye Billie Eilish sering berhadapan dengan situasi sebegini dengan peminatnya? Cuba kongsikan pendapat kamu dengan team MURAI…

Gemar Penampilan 'Oversized', Ini Alasan Peribadi Billie Eilish
Billie Eilish
https://lomp.at/h27ur
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore