Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

[VIDEO] Perodua QV-E: Ini 5 Hal Menarik Yang Perlu Anda Tahu

by Phic ARMAN
December 1, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau kalian fikir EV ni hanya untuk orang kaya atau yang pandai kira jarak pecutan, Perodua QV-E datang untuk ubah minda kalian! Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri launch kereta elektrik pertama Perodua ini, dan serius… rasa macam Malaysia dah masuk era “futuristik tapi mesra poket”. Jadi, jom kita selongkar 5 perkara paling menarik tentang QV-E.

Harga Mesra Poket: Tak Perlu Jual Buah Pinggang

Kalau kalian risau EV mahal sampai kena jual buah pinggang, tenang. QV-E hanya berharga RM80,000 (tak termasuk insurans dan bateri). Maksudnya, duit simpanan raya pun masih selamat, tapi dah boleh naik EV gaya VIP.

Bateri & Jarak Pemanduan

QV-E ini dikuasakan bateri Lithium Iron Phosphate 52.5kW, boleh jalan sampai 445km sekali cas! Bayangkan KL ke Penang pergi balik, boleh lagi singgah makan roti canai tepi jalan sebelum bateri habis. Tapi jangan lupa, jarak ini ikut cara pemanduan kalian, cuaca, dan jalan, jadi jangan la pecut macam F1 pula.

Bangga Buatan Malaysia,  Jangan Main-main

PM sendiri cakap dulu dia ragu kalau Perodua mampu buat EV mampu milik. Tapi sekarang? Beliau bangga gila sebab rakyat Malaysia tunjuk kita boleh! Projek ini habiskan RM800 juta, dibuat di Smart Mobility Plant, Sungai Choh, Selangor, dan siap dengan inovasi tempatan. Macam drama “from zero to hero” tapi versi kereta.

Ciri Keselamatan Pintar,  Macam Ada Bodyguard

Kalau kalian fikir EV ini cuma cantik luar, QV-E ada otak juga. Ada Child Presence Detection, boleh detect kalau anak atau kucing kalian tengah tidur kdi belakang. Sistem ini pantau pergerakan, pernafasan, semua, macam ada bodyguard peribadi tapi tak minta gaji.

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

Pilihan Warna & Lokasi:  Limited Edition, Bro

QV-E datang dalam Ice Blue dan Caviar Grey, nampak classy tapi futuristik. Buat masa ini, kalian hanya boleh test drive atau beli di 9 outlet Perodua seluruh Malaysia. Jadi kalau kalian teringin nak rasa EV ini, better cepat-cepat… jangan sampai kawan kalian grab dulu!

View this post on Instagram

So, kesimpulannya, QV-E bukan sekadar kereta elektrikm ia macam cerita “Quest for Visionary Electric Vehicle” yang kini jadi realiti. Perodua dah buktikan, EV mesra poket pun boleh cool, selamat, dan made in Malaysia. Rasa macam tak sabar nak jalan raya penuh EV tempatan, kan? Next stop, charging station selfie!

datuk seri anwar ibrahimPerodua QV-E
https://lomp.at/wn6mb
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Gambar AI Generated
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik Sky Mirror di Kuala Selangor Yang Buat Ramai Terpukau

by Farah Fatihah
January 24, 2026

Kalau kalian pernah teringin nak rasa macam ‘berdiri di langit’, Sky Mirror di Kuala Selangor adalah tempat yang wajib masuk...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
LifeXplore

Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

by Phic ARMAN
February 21, 2026

Berbuka puasa kini bukan hanya di rumah atau restoran. Ramai memilih untuk berbuka secara santai di kawasan terbuka sambil berkelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore