Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Pramugari Bertudung Nampak Betis Di Syarikat Penerbangan Tempatan Cetus Kebimbangan

by Phic ARMAN
October 16, 2023
Share on Facebook

Sebenarnya sudah banyak syarikat penerbangan di dunia seperti Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung. Dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut. Namun syarikat penerbangan Malaysia, masih dengan barisan pramugari yang tampil dengan imej menjolok mata.

Baru-baru ini, di laman X (Twitter) sebuah video pendek menyaksikan seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan tempatan curi perhatian netizen. Pramugari itu yang sedang bertugas di dalam pesawat mengenakan tudung namun aurat masih terbuka. Kain atau skirt labuh yang dikenakan terselak tanpa sengaja sehingga menampakkan betisnya ketika dia menutup pintu pesawat.

Apa jenis pakaian ni??? pic.twitter.com/RuQjLnB6Jy

— Amran Fans (@_AmranFans) October 15, 2023

Cetus Kebimbangan Netizen

Video yang dikongsikan oleh pengguna twitter bernama @amranfans ini sekaligus tidak disenangi oleh netizen. Ada yang mendakwa, menyebarkan video mendedahkan aurat wanita tersebut boleh mengundang dosa.

“Niat tuan mungkin baik, untuk menegur. Tetapi mungkin tuan tak perasan kaedah yg digunakan lebih mengundang dosa ke atas tuan. Boleh je sekadar describe tanpa perlu sebarkan video terdedahnya aurat wanita tersebut. Mainan iblis memang utk melapik yg makruf dgn mungkar.”

Walaubagaimanapun, @amranfans menjawab, empunya badannya sendiri memuatnaik video tersebut dan ditonton oleh ramai orang.

“Eh tak lah. Takde niat pun nak menegur. Memang niat nak kecam. Sebab tuan empunya badan sendiri post dekat Instagram sampai dh cecah beribu like, bila ramai yang tegur cara elok, dia siap tutup komen. Senang cakap tuan empunya badan sendiri dah restu videonya ditonton orang ramai.”- tulis twitter @amranfans.

Tidak kurang juga yang mempertahankan pramugari ini yang tidak bersalah kerana harus akur untuk mengikut peraturan syarikat penerbangan.

“Dia pakai uniform, nak kecam tuan badan pun bukan member boleh kawal pakaian yang syarikat hulur. Nampak gaya belah tu ada keperluan bagi mudahkan pergerakkan dia buat kerja buka pintu pesawat”- tulis netizen lain.

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan identiti sebenar pramugari dalam video tersebut. Namun ramai yang dapat meneka syarikat penerbangan itu melalui baju seragam yang di pakai.

Malindo
https://lomp.at/7cp35
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore