Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

by Soph Azz
July 24, 2025
Foto - @qadejah_terlajaklaris (IG)

Foto - @qadejah_terlajaklaris (IG)

Share on Facebook

Tak dinafikan jika Dato’ Sri Aliff Syukri dan anak-anaknya, terutamanya Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyan, membuat siaran langsung memang akan jadi meriah dan riuh-rendah.

Ada sahaja ragam dan aksi mereka yang membuatkan peminat terhibur. Dan baru-baru ini pula, tular sebuah video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok @papalarisbyaa, memaparkan reaksi Qadejah ‘menangkap’ bapanya bermesej dengan wanita lain yang bernama “Siti”.

Video pendek yang direkod daripada siaran langsung Dato’ Sri Aliff itu, telah mendapat tontonan sebanyak 3.3 juta, 235.6 ribu tanda suka dan 9186 komen.

@papalarisbyaa

Siapa Siti tu Abah?? #aliffsyukri #aliffsyukriterlajaklaris #papalarisbyaa

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Di dalam video berkenaan, memaparkan Qadejah yang melihat telefon bapanya, Dato’ Sri Aliff Syukri secara sembunyi sebelum ‘menangkap’ bapanya menerima mesej daripada seorang wanita yang dinamakan sebagai “Siti”.

Foto – @papalarisbyaa (TikTok)

Melihat mesej tersebut, Qadejah bertanya kepada bapanya tentang identiti wanita tersebut dan mengapa wanita itu menghantar pesanan “rindu”. Qadejah memberitahu bahawa bapanya itu tidak boleh berkelakuan sebegitu terhadap ibu mereka.

“Abah, Siti tu siapa Abah? Abah bagi handphone. Abah bagi handphone Abah. Tak lawak Abah, sumpah tak lawak Abah.Siapa Siti tu Abah? Abah ada mesej perempuan tu, “I Miss You”. Abah ni kenapa? Abah nak marah Ajah macam-macam boleh, tapi Abah tak boleh macam ni dekat Mama. Ajah jerit dekat Mama, Abah sumpah tak lawak. Tak lawak langsung.”

Foto – @papalarisbyaa (TikTok)

Melihat reaksi Qadejah, Dato’ Sri Aliff memberitahu bahawa “Siti” itu adalah rakan sahaja. Malah dia juga meminta Qadejah untuk menghentikan salah faham tersebut kerana mereka sedang membuat siaran langsung.

“Kawan Abah la. Apa masalah Cess, kita tengah live ni. Ni kawan Abah.”

Walaupun pertengkaran kedua-dua anak beranak itu mencuri perhatian, tetapi ada sesetengahnya terhibur melihat reaksi Ammar Ahyan yang makan di tengah-tengah pertengkaran tersebut.

Foto – @papalarisbyaa (TikTok)

“Korang gaduhla biar aku habiskan makanan ni”, komen @ismiduck.

“Dalam otak Ammar, “Nak gaduh gaduh la, aku lapar””, komen @queenfara_.

“5x aku repeat. Part cengkerik tu lawak. Makan jelah Amayan”, @bellaarfah00.

“Kalau Ammar rilek maknanya tak serius la tu”, komen @moooochico.

“Orang tengah perang, Ammar sempat mintak air dan kenyangkan perut”, komen @lyndalulla.

“Hahaha dia macam if rumah bising tu normal. If rumah senyap kena start risau”, komen @syaza.cats.

Boleh pula dia sempat meminta air daripada pembantu rumah. Sangat kelakar. Apa pun, Murai harap semuanya dapat diselesaikan dengan segera!

[VIDEO] Aksi Anak Datuk Aliff Syukri 'Ratah Butter' Buatkan Netizen Terkejut-"Ada Ada Je Baim Ni"
aliff syukriAmmar AhyanQadejah
https://lomp.at/yerhd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara