Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Rider Grab Tak Percaya Terima Tips Besar Dari Pelanggan

by Naja Nix
December 17, 2025
via TikTok

via TikTok

24
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian video di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memaparkan detik luar biasa apabila melibatkan seorang penghantar makanan GrabFood yang menerima tip hampir mencecah RM1,000 daripada seorang pelanggan.

Insiden ringkas itu bukan sahaja menyentuh emosi, malah mencetuskan reaksi lucu dan positif dalam kalangan warganet.

Detik Tidak Dijangka Ketika Penghantaran

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider Grab lelaki menghantar pesanan makanan di sebuah kawasan perumahan.

Situasi yang pada awalnya kelihatan biasa bertukar luar jangka apabila pelanggan meminta rider tersebut menunggu sebentar sebelum menyerahkan tip dalam jumlah yang besar.

Rider berkenaan jelas terkejut dan beberapa kali bertanya sama ada pelanggan itu benar-benar pasti dengan jumlah tersebut.

Menurut pelanggan tersebut, dia bakal meninggalkan Malaysia keesokan harinya dan memilih untuk memberikan wang berkenaan sebagai tip kerana tidak mahu besusah payah menukarkan baki mata wang yang ada.

@rafy_axl

Rezeki tak salah alamat… Alhamdulillah tips paling besar pernah dapat sepanjang buat grabfood.. #grabfood #rezeki #hustle #kualalumpur #insta360

♬ original sound – Muhamad Rafiuddin – Muhamad Rafiuddin

Rezeki, Empati dan Nilai Kemanusiaan

Momen tersebut dlihat sebagai simbol rezeki yang hadir tanpa diduga. Dalam konteks ekonomi gig yang kian mencabar, terutama bagi penghantar makanan yang bekerja sehingga lewat malam, tindakan pelanggan itu dianggap sebagai satu bentuk empati dan keprihatinan.

Ramai berpendapat, pelanggan tersebut mungkin memahami realiti kerja rider yang tidak mudah, lalu memilih untuk berkongsi rezeki tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Budaya Memberi Tip Jadi Perbualan

Peristiwa ini turut membuka perbincangan mengenai perbezaan budaya memberi tip. Jika di Malaysia, amalan memberi tip besar bukan sesuatu yang lazim.

Situasi ini mmeperlihatkan bagaimana pengaruh budaya luar boleh mencipta kejutan positif dalam konteks tempatan.

Reaksi Warganet

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan alasan pelanggan yang dikatakan ‘malas tukar duit’, namun dalam masa yang sama mengakui ia satu bentuk rezeki yang jarang berlaku.

Ada yang berseloroh tidak menyangka bahawa ‘rasa malas’ seseorang boleh menjadi rezeki besar buat orang lain.

“Esok dia nak keluar negara dah and malas nak tukar duit.”

“Boleh dia lazy-lazy nak tukar duit ya.”

via TikTok @daniels
via TikTok @4m!ru1

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen positif dan menyentuh hati, menyifatkan tip hampir RM1,000 itu sebagai ganjaran atas usaha dan keikhlasan rider mencari rezeki.

Ada yang berkongsi bahawa menerima tip kecil pun sudah cukup menggembirakan, apatah lagi jumlah yang besar seperti itu.

” Rezeki tak salah alamat, almost 1k tu tips.”

“Mungkin dia pun berfikir, bukan senang nak cari duit, abg ni pulak kena hantar makanan kat dia malam-malam. Rezeki bang, rehat bang 2 hari.”

“Mesti atas motor mulut sebut alhamdulillah dan menangis. Aku yang dapat RM50 pun dah senyum lebar. Rezeki kau abang. Syukur.”

via TikTok @hanepp
via TikTok @pokja
via TikTok @pidulh

Inspirasi Buat Pekerja Gig

Dalam dunia yang serba pantas, situasi seperti ini menjadi peringatan bahawa satu tindakan kecil mampu memberi impak yang besar, sekali gus menghidupkan semula kepercayaan terhadap nilai kemanusiaan dalam masyarakat moden.

“Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan
penghantar makananrezeki tak salah alamatriderTips RM1000
https://lomp.at/mm0c9
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Insentif

Doktor Kontrak Tarik Nafas Lega, Kerajaan Lulus Elaun Pertukaran & Perpindahan

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Berita baik buat doktor kontrak yang bakal menerima lantikan tetap di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Kerajaan bersetuju memberikan elaun pertukaran...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Chicken Popcorn Tak Sampai 20 Ketul, Pelanggan Luah Rasa Kecewa

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Satu perkongsian di Reddit mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelanggan mendakwa menerima kurang daripada 20 ketul popcorn chicken walaupun membuat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Seronok Jadi Kartun, Tapi Data Selamat? Trend Karikatur AI Cetus Persoalan Privasi

by Phic ARMAN
February 9, 2026

Kalau anda buka media sosial sejak kebelakangan ini, mesti perasan satu benda, timeline tiba-tiba penuh dengan gambar versi kartun kawan-kawan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Isu KLSCM Haram, Tapi Ramai Tetap Join. Apa Cerita Sebenarnya?

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Kalau scroll laman threads sekarang, isu tentang hukum penyertaan KLSCM atau  Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon memang tengah panas dibincangkan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara