• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Siapakah Humaira Asghar? Pelakon Pakistan Ditemui Mati Reput & Mengerikan

by Phic ARMAN
July 10, 2025
Share on Facebook

MURAI baru saja dapat berita yang cukup mengejutkan dari industri hiburan Pakistan. Seorang pelakon dan bintang realiti televisyen, Humaira Asghar, ditemui meninggal dunia di apartmennya di Karachi. Katanya, masa ditemui tu… jasad beliau dah pun reput, macam dah beberapa hari tak ada siapa perasan.

Humaira tinggal menyewa di sebuah apartmen di kawasan Ittehad Commercial. Kehilangan dia memang buat ramai orang dalam industri terkejut dan sayu. Ramai selebriti Pakistan dah mula berkongsi ucapan takziah di media sosial, tanda mereka pun rasa sangat kehilangan.

Siapakah Humaira Asghar?

Kalau sekali pandang Humaira Asghar, mesti anda terpesona. Raut wajahnya manis, persis kacukan Arab dan India , kulit cerah, mata galak, senyuman manja… kalau nak bayangkan, ala-ala Nadia Brian versi Pakistan. Memang jenis kecantikan yang bila sekali tengok, tak lupa-lupa.

Kalau anda nak tahu, Humaira ni bukan calang-calang orang dalam dunia seni Pakistan. Beliau ni pelakon, model, dan juga bintang rancangan realiti. Asalnya dari Lahore, dan memang berbakat sejak muda lagi. Beliau belajar seni visual dan seni persembahan dekat dua kolej terkenal,  National College of Arts (NCA) dan College of Art & Design (PUCAD).

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Asghar (@humairaaliofficial)

Kerjaya beliau bermula sekitar tahun 2013 sebagai model dulu. Lepas tu baru beliau mula muncul dalam drama-drama TV. Antara drama yang pernah beliau jayakan termasuklah Laali, Benaam, Chal Dil Mere dan Sirat‑e‑Mustaqeem.

Humaira juga pernah berlakon filem tau! Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem Jalaibee pada tahun 2015. Kali terakhir beliau muncul di pawagam pula dalam filem Love Vaccine tahun 2021.

Tapi yang paling buat beliau jadi lebih dikenali adalah bila masuk rancangan realiti Tamasha Ghar pada tahun 2022,  rancangan tu konsepnya lebih kurang macam Bigg Boss. Paling baru, beliau berlakon dalam drama Esaan Faramosh, dan ramai puji lakonan beliau dalam drama tu.

Bagaimana Jasadnya Ditemui?

Menurut laporan Dawn, polis menemui jasad Humaira pada hari Selasa di apartmen sewanya yang terletak di kawasan elit Defence Housing Authority (DHA), Karachi. Ceritanya, polis datang sebenarnya untuk melaksanakan perintah mahkamah bagi mengosongkan rumah tersebut kerana Humaira sudah lama tidak membayar sewa sejak 2024.

Tepat jam 3.15 petang, pegawai dari Balai Polis Gizri sampai di lokasi. Bila mereka ketuk pintu tak ada siapa yang sahut, akhirnya polis terpaksa pecahkan pintu. Masa itulah mereka dapati Humaira sudah pun meninggal dunia. Jasadnya kemudian dihantar ke Jinnah Postgraduate Medical Centre untuk bedah siasat.

Menurut pakar bedah forensik, Dr Summaiya Syed, mayat Humaira berada dalam keadaan “sangat terurai” dan dipercayai sudah beberapa hari meninggal sebelum dijumpai.

YouTube video

Sayangnya, perjalanan hidup Humaira terhenti terlalu awal. Baru 32 tahun, tapi dah pergi tinggalkan kita semua. Kalau anda pernah tengok lakonan Humaira Asghar, watak mana yang paling melekat dalam ingatan anda? Kongsilah dengan Murai!

BenaamChal Dil MereHumaira AsgharIttehad CommercialJalaibeeLaaliSirat‑e‑Mustaqeem.Tamasha Ghar
https://lomp.at/bt5fg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore