Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Siti Nurhaliza Geli Hati Bila Peminat Samakan Headpiece Dengan ‘Blender’ Di Konsert Mega 2001

by Phic ARMAN
July 25, 2025
Share on Facebook

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mengimbau kembali momen dari Konsert Mega Siti Nurhaliza pada tahun 2001, salah satu konsert paling epik dalam kerjayanya.

Namun yang mencuri tumpuan bukanlah sekadar suara lunak TokTi atau lagu-lagu hit yang menggamit nostalgia, tetapi headpiece luar biasa yang menghiasi rambutnya pada malam konsert tersebut.

YouTube video

“Macam Alat Pengadun Kek!”

Dalam sesi live bersama peminat, TokTi secara bersahaja mengakui satu fakta yang selama ini menjadi bahan gurauan ramai, bahawa headpiece yang dikenakan malam itu memang kelihatan sangat mirip dengan blender ataupun alat pengadun kek!

“Ya, betul… saya pun masa tu bila tengok balik, macam… ehh, kenapa macam alat pengadun kek?” selorohnya sambil tertawa.

Headpiece yang dikenakan itu sebenarnya merupakan aksesori cucuk sanggul dalam bentuk tiga rangkai logam berkilat yang melengkung, menyerupai whisk beater yang biasa digunakan dalam mesin pengadun kek. Ia jelas mencuri perhatian dan menjadi bahan bualan sejak konsert itu berlangsung lebih dua dekad lalu.

Peminat Tak Lepas Peluang Berjenaka

Reaksi netizen dan peminat TokTi sememangnya tidak mengecewakan. Ruang komen live dibanjiri dengan jenaka kreatif. Antara yang paling mencuit hati:

“Patutlah aku punya dah hilang dekat dapur, rupanya dekat kepala TokTi.”

Siti sendiri terhibur dengan gelagat peminat yang tidak putus-putus menyelitkan humor sambil mengenang zaman kegemilangan awal kerjayanya.

@hazim.0271

Bila tokti throwback konsert mega bukit jalil.. headpiece mcm blender punya😂 #sitinurhaliza #datositi #datositinurhaliza #datosrisitinurhaliza #biduanitanegara #biduanitasitinurhaliza #tokti #ctdk #ct #datoct #ctnurhaliza #sitizoners #konsert #konsertsitinurhaliza #malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚ #fypp #fypシ゚viral🖤tiktok

♬ original sound – hazim 0271 – hazim 0271

Satu Kenangan, Seribu Senyuman

Walaupun kini Siti sudah berdekad dalam industri, momen seperti ini membuktikan betapa kuatnya hubungan beliau dengan peminat. Ia bukan sekadar tentang nyanyian, tetapi juga tentang memori dan gaya yang menjadi simbol satu era.

Headpiece “alat pengadun kek” itu mungkin kelakar bagi sesetengah orang, tetapi bagi peminat setia, ia adalah sebahagian daripada legacy seorang bintang bernama Siti Nurhaliza.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Sri Siti Nurhaliza
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara