Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Suami Kantoi Ada Skandal, Reaksi Isteri Buat Netizen Puas Hati- “Bunyi Tamparan Hangat 100/100”

by Nurul A.
September 27, 2025
Foto - @izyanny (TikTok)

Foto - @izyanny (TikTok)

19
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam (24 September 2025) telah tular sebuah rakaman video di media sosial, termasuklah TikTok. Rakaman video tular tersebut memaparkan seorang isteri telah menyerang suaminya dan seorang wanita tidak dikenali (dipercayai kekasih suaminya).

Insiden tersebut berlaku ketika si suami sedang menemani kekasihnya di sebuah klinik kesihatan. Kejadian itu menjadi lebih tegang apabila si suami cuba memeluk bahu kekasihnya sebelum disergah oleh si isteri.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/threadsdownloader.com_b5a024-4.mp4

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, si isteri telah mengejar wanita terbabit dan bertanyakan status hubungan mereka. Manakala si suami pula cuba menafikan hubungan sulitnya dan memberi alasan bahawa wanita terbabit hanyalah kawan serta adik rakannya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/threadsdownloader.com_de3d30.mp4

Geram dan kecewa dengan tindakan suami yang mempertahankan wanita tersebut, si isteri telah melempang wajah lelaki itu beberapa kali. Manakala wanita terbabit yang dikenali dengan nama “Najwa” turut menafikan hubungan mereka dan cuba melepaskan diri.

“Sumpah aku dengan dia takde apa-apa. Tanya boyfriend I, eh laki kau. Kalau kau touch aku, aku report polis.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/threadsdownloader.com_b5a024-1-1-1.mp4

Dalam hantaran lain di platform Threads pula, si isteri turut memuat naik mesej suaminya terhadap wanita berkenaan, meminta untuk tidak saling menghubungi selama beberapa hari untuk elak diketahui oleh si isteri.

Foto – @iffahmzzln_ (Threads)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi termasuklah mengecam tindakan suami yang sanggup menduakan isterinya.

“Bini bukan main lawa, tapi kuda laut jugak dicari”, komen @adawiah_00.

“Baru nak peluk cakap gws (get well soon) pusing malaikat maut tunggu”, komen shaherin.

Malah ada juga yang meluahkan rasa puas hati melihat reaksi si isteri yang menyerang suaminya dan wanita tersebut.

“Video curang terbaik of the year. Tak gegar macam gempa bumi, clear 4k 120fps. Part yang tampar on the point dalam video. Akak memang terbaik”, komen @xinxies.

“Quality video 100/100, bunyi tamparan hangat 100/100, saya suka akak! Buat lagi buat!”, komen @yuyuos__.

“Ya Allah ini video curang yang paling aku suka sebab akak ni terus kejar perempuan tu tarik rambut dia tak cakap banyak”, komen @sitiaswadatul.

Untuk pengetahuan semua, di hantaran Threads yang sama si isteri turut membuat pendedahan bahawa kekasih suaminya itu telah pun mempunyai teman lelaki. Apa komen kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
isteri tampar suamisuami curangsuami teman skandaltiktok
Share8Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara