Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist

by Naja Nix
December 2, 2025
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Gelagat Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menjadi perhatian di TikTok selepas Che Ta berkongsi momen comel ketika berada di lapangan terbang.

Walaupun ringkas, telatah spontan dua beranak ini tetap berjaya mencuri tumpuan dan menghiburkan ramai netizen.

Gaya Airport Yang All Out

Dalam video tersebut, Aaisyah tampil dengan gaya airport outfit bak selebriti K-Pop lengkap dengan jaket varsity bersaiz besar, seluar jogger hitam serta ankle boot yang meberikan sentuhan edgy.

Kombinasi warna neutral dengan sedikit permainan warna menjadikan gaya ini nampak segar dan trendy. Malah, ramai menyamakan vibe ini dengan selebriti K-Pop, Danielle dari NewJeans.

“Sebijik danielle new jeans wehh😭”
“Danielle newjeans😍😍”
“Aisyah kena jumpa kembar dia danielle new jeans”

@ajahdhsmsxk/TikTok
@hanmisshan/TikTok
@shasthings/TikTok

Gaya rambut yang dibiarkan lepas dan tanpa aksesori berlebihan pula menambakan aura santai tetapi tetap chic, seakan gaya remaja urban yang tak perlu cuba terlalu keras untuk kelihatan bergaya.

“Bukan Nak Naik Flight Pun..” – Plot Twist Yang Mencuri Tumpuan

Apa yang lebih mencuit hati adalah kapsyen dan dialog Che Ta sendiri. Menurutnya, Aaisyah bukan pun hendak menaiki pesawat. Sebaiknya, dia hanya mengenakan airport outfit semata-mata kerana mahu menjemput abangnya yang baru pulang dari penerbangan.

“Airport outfit. Ni bukan nak pergi naik flight, Ya Allah. Cuma nak jemput abang dia balik daripada flight je.” seloroh Che Ta.

Reaksi bersahaja itu membuatkan ramai netizen terhibur, terutama apabila Aaisyah kelihatan sangat yakin dengan penampilannya walaupun hanya sekadar untuk menjemput abangnya di lapangan terbang.

@rozitachewan1

Airport outfit katanya . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #zara #airportoutfit

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Netizen Terhibur Dengan Telatah Dua Beranak Ini

Ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa dan pujian terhadap gaya adorable Aaisyah. Ramai mengakui mereka terhibur dengan commitment Aaisyah dalam bergaya.

Walaupun hanya sebuah video pendek, kemunculan Aaisyah dengan gaya airport outfit lengkap berserta plot twist daripada Che Ta sudah cukup untuk menceriakan hari warganet.

Antara fesyen, humor dan personaliti, gabungan ini sekali lagi membuktikan mengapa Che Ta dan anak perempuannya sering menjadi perhatian di media sosial.

[VIDEO] Che Ta 'Usik' Aaisyah Bertudung, Netizen Terhibur!-"Dia Pun Iman Turun Naik.."
Aaisyahaaisyah dhia ranaairport outfitche tadanielle newjeans
https://lomp.at/1k3b0
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ragam Watie Hanifiah ‘Food Hunting’ Ketika Sarat Hamil, Curi Perhatian Netizen!-“Seronok Tengok..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen 'me time' di Indonesia,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Foto - @aishahazman8 (IG)
Lokal

Titip Semangat Buat Kamal, Aishah Tegur Sikap ‘Bitter’ Netizen- “Busuk Hati, Sebarkan Doa Bukan Fitnah”

by Nurul A.
January 14, 2026

Tak salah rasanya kalau beri kata-kata semangat kepada rakan kan? Pelakon Aishah Azman mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa hantaran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore