Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Tengku Ahmad Jawab Rahsia Wajah ‘Comel’, Peminat Teruja – “Soft Je Menjawab Pertanyaan”

by Phic ARMAN
October 30, 2023
Share on Facebook

Selain Tengku Hassanal, nampaknya Tengku Ahmad juga menjadi perhatian rakyat Malaysia. Kerana ketampanan dan sikap baginda yang ‘sporting‘, ramai yang berkongsi momen bersama baginda di media sosial.

Tengku Ahmad merupakan putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Beliau juga merupakan kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah serta anak yang ke-3 daripada 5 orang adik beradik kandung.

VIA NONA

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok @yanggdayang dengan lebih daripada 1.2 juta tontonan (setakat artikel ini ditulis), tular video Tengku Ahmad dilihat sedang beramah mesra dengan orang ramai yang mengerumuni baginda.

Pemilik akaun @yanggdayang sempat bertanya apakah rahsia baginda begitu comel dan secara spontan baginda menjawab makan ikan patin.

“Tunku makan apa comel sangat”- tanya @yanggdayang.

“Makan ikan patin, kat Putrajaya pun banyak ikan patin”- jawab baginda dengan nada serius.

@yanggdayang

Tengku Ahmad kata dia comel sbb makan ikan patin? Nampak gayany korg kena bela ikan patin dhla lps ni? #fyp #agongscup #royalpahang #taimshah #tengkuahmad

♬ original sound – yanggdayang – yanggdayang

Gelagat Tengku Ahmad yang menjawab soalan dari peminatnya  telah menarik perhatian ramai. Ada yang memuji kelembutan suara baginda dan bersikap sopan santun.

“Soft je menjawab pertanyaan peminat”-puji netizen

“Aku makan ikan patin jugak tapi tak comel punn apa yang silap eh ?”-  tulis netizen

Peristiwa itu berlaku pada awal bulan Oktober yang lalu ketika sesi bertemu dan bersalaman di kejohanan polo Piala Agong di Taman Ekuestrian Putrajaya. Grand final Kejohanan Polo Piala Agong menyaksikan pasukan Brunei Polo mencatat sejarah dengan merangkul kejuaraan edisi 2023

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tengku Ahmad
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara