Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

[VIDEO] Ushera Hadir Dengan ‘Warna Warni Hari Raya’

by Naddy Joe
February 22, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Dengan semangat mengekalkan tradisi dan meneruskan suasana meriah di Aidilfitri, penyanyi Nona Ushera atau Ushera siap memasarkan lagu raya buat kali ketiga.

Setelah muncul dengan lagu raya perdana bertajuk Suka Ria Raya pada 2017 yang menarik perhatian ramai, Ushera kemudian tampil dengan lagu raya berjudul Kembali pada tahun 2021 yang terarah kepada muzik Ghazal Melayu tradisional. 

Tidak muncul dengan produksi lagu raya selepas tahun 2021, untuk tahun ini, Ushera kembali lewat karya baharu sempena menyambut temasya Aidilfitri menerusi Warna Warni Hari Raya.

Warna Warni Hari Raya malah menerima sentuhan emas Ushera sebagai penulis lirik yang memilih Ganesh Bala sebagai penerbit serta komposer dalam menterjemahkan lagu tersebut menepati piawaian suasana di bulan mulia.

Jika Ushera menghasilkan lirik dan Ganesh Bala menerbitkannya,video klip Warna Warni Hari Raya yang menjalani penggambaran pada 2 Januari lalu disempurnakan oleh Arnaud Blondel selaku Pengarah Video dan Fotografi.

View this post on Instagram

Tidak hanya melahirkan lagu, Ushera melengkapkan Warna Warni Hari Raya menerusi kolaborasi bersama pereka busana terkenal, Syomir Izwa Gupta (@bysyomsz) bagi melengkapkan efek penampilan yang menjadi pakejnya selama ini. Kolaborasi ini menjadikan vibe dan suasana warna-warni yang dialunkan dan divisualkan terasa sangat dekat dan tepat.

“Liriknya berkisar tentang kemeriahan raya, tentang suasana, tentang kemeriahan menyambut raya di kampung, berbusana raya baharu dan semua tentang Aidilfitri yang berwarna warni.

Warna Warni Hari Raya juga sangat bermakna kerana mengangkat tema persahabatan, majmuk masyarakat Malaysia yang sentiasa terbuka dan merayakan semua jenis perayaan bersama-sama. Hari raya adalah hari untuk mengenepikan sentimen lalu berkumpul bersama dan bergembira.”-Ujar Ushera

Muzik video meriahnya Warna Warni Hari Raya dapat ditonton di laman YouTube mulai 16 Februari jam 8.30 malam manakala lagu Warna Warni Hari Raya boleh juga didengarkan di laman spotify dan Apple Music pada tarikh 16 Februari 2026.

View this post on Instagram

Sebagai informasi, Ushera juga pernah melahirkan album bertajuk Semalam Di Malaya pada tahun 2016 yang memuatkan lagu antaranya Bunga Raya, Dunia Asmara, Jikalau Abang Merindu, lagu rancak Polynesia Mambo dan lagu Chuchi Kain Chuchi Mata yang kesemuanya dinyanyikan di dalam gaya asli.

ushera
https://lomp.at/jku2l
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @Bako National Park
LifeXplore

Bako National Park Tarikan Popular Di Sarawak, Peluang Lihat Monyet Proboscis Dari Dekat

by Farah Fatihah
March 15, 2026

Jika kalian ingin merasai pengalaman hutan hujan Borneo yang sebenar, perjalanan ke Bako National Park boleh menjadi pilihan yang menarik....

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini 10 Syarikat Penerbangan Dengan ‘Legroom’ Paling Luas Di Dunia Untuk Kelas Ekonomi

by Phic ARMAN
February 25, 2026

Kalau sebut pasal terbang kelas ekonomi, ramai terus bayang satu benda,  sempit. Lutut rapat ke kerusi depan, nak bersandar pun...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara