Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Warga Bangladesh Kaut Saman DBKL, Netizen Dakwa ‘Elak Owner Marah’

by Phic ARMAN
November 28, 2025
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video yang mencuri perhatian netizen di media sosial memaparkan tindakan seorang penjaga parkir warga Bangladesh mengutip semua saman trafik DBKL yang dilekatkan pada cermin hadapan beberapa kereta.

Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pemandu wanita yang ketika itu sedang mencari tempat parkir.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, wanita berkenaan kedengaran hairan apabila melihat lelaki itu mengumpulkan saman-saman berkenaan.

@coachmetafizikedzry

Uji minda korang rasa kenapa dia kutip saman dekat kereta orang#berita#viralvideo #malaysia

♬ original sound – COACHMETAFIZIK EDZRY

“Kenapa ambil saman tu? Semua dah bayar kan?” soal wanita tersebut.

Dengan selamba, lelaki itu menjawab,

“Saya angkat duit. Ini semua dah bayar. Ini saman saya ambil.”

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian DBKL, yang mengucapkan terima kasih kerana menyalurkan maklumat tersebut, selain meminta pemilik video memaklumkan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pemilik video itu tidak memberi sebarang respon setakat ini.

Di ruangan komen, ramai netizen mendakwa kawasan parkir berkenaan sebenarnya tidak sah, dan penjaga parkir tersebut didakwa mengutip wang tanpa kebenaran.

“Parkir ni memang tak sah. Dia takut owner kereta tahu sebenarnya tak boleh letak situ,” kata salah seorang netizen.

“Masa parking, dia minta duit. Bila kereta kena saman, dia ambil dan buang saman itu supaya tak kantoi dengan owner. Nanti bila surat saman sampai rumah, barulah owner pelik bila sebenarnya kereta dia kena saman.” Ujar netizen lain di ruangan komen.

Ada juga yang beranggapan tindakan itu bertujuan mengelak pelanggan daripada marah apabila mengetahui mereka tetap disaman walaupun sudah membayar kepada penjaga parkir tidak sah tersebut.

Insiden ini sekali lagi mencetuskan perbualan mengenai isu individu yang mengambil bayaran di lokasi awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Ramai yang menggesa DBKL melakukan pemantauan lebih tegas bagi mengelakkan pengguna jalan raya terus menjadi mangsa, selain memastikan kawasan parkir di ibu negara lebih teratur dan selamat untuk orang ramai.

DBKL
https://lomp.at/0j74e
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore