Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Penyanyi Popular Indonesia, Virgoun Pilih Haqiem Rusli & Hael Husaini

by Phic ARMAN
July 1, 2018
Share on Facebook

Penyanyi dari Indonesia Virgoun nampaknya telah melebarkan sayapnya ke negara Malaysia sekaligus mencuba nasib dengan single kedua berjudul Bukti.

Seperti mana yang dimaklumkan olehnya menerusi satu temubual eksklusif murai.my dengannya di Menara TM, Bukti adalah terjemahan isi hati Virgoun buat isteri tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Yunni (@unifi)

Dengan lagu-lagu hit dan beratusan juta tontonan di YouTube, sudah tentu ramai di Malaysia sudah mengenali Virgoun. Tambahan pula, pada sabtu yang lalu beliau mengadakan persembahan di Fiesta unifi bertempat di Alamanda Shopping Centre.

Membesar dengan lagu-lagu dari penyanyi Malaysia, membuatkan Virgoun tidak asing dengan nama beberapa penyanyi tempatan. Bahkan penyanyi ini mengakui mengidolakan dan menyimpan hasrat mahu berkolabrasi dengan beberapa penyanyi hebat negara ini.

YouTube video

Menurut pemilik nama penuh Virgoun Putra Tambunan ini, pada usia muda dia sudah mendengar lagu dari Ratu Rock Legenda Ella. Suka juga dengan lagu-lagu penyanyi-penyanyi baru yang lain seperti Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Pernah punyai pengalaman membuat persembahan di Anugerah MeleTop baru-baru ini, Virgoun ada menyimpan angan-angan mahu berduet dengan Hael dan Haqiem suatu masa nanti.

“Kalau ada peluang, saya mahu bikin album duet dengan Hael dan Haqiem. Kerana kami sentiasa bertukar-tukar idea dalam menghasilkan lagu. Mudah-mudahan hasrat itu tercapai pada masa akan datang” kata Virgoun berkongsi mengenai artis-artis tanah air yang diketahui.

Virgoun ditemui pada sesi temuramah eksklusif di Menara TM baru-baru ini sempena meraikan Fiesta unifi yang telah berlangsung Alamanda Shopping Centre, Putrajaya di mana Virgoun mempersembah 3 buah lagu hits nya termasuk lagu popular Surat Untuk Starla.

Error happened.
https://lomp.at/avhqw
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara