• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Dilengkapi Gym! 5 Fakta ‘Istana Terbang’ Presiden Rusia Vladimir Putin

by Phic ARMAN
September 19, 2018
Share on Facebook

Selain mempunyai aset US$ 200 Billion atau sekitar RM 800 Billion, Presiden Rusia Vladimir Putin juga mempunyai pesawat khas yang luar biasa mewah. Khabarnya harga pesawat itu mencapai 390 juta Poundsterling atau setara RM 2.1 Billion.

Menurut laman sesawang berita Australia, news.com.au, menyebut pesawat itu dinamakan sebagai IL-96-300PU.

Ibarat Seperti Istana Terbang

Rupa pesawat itu dari luar sememangnya nampak biasa sahaja, mirip pesawat penumpang yang lain. Tapi jika masuk ke dalam, sseolah-olah seperti masuk ke istana.

Tertanya-tanya bagaimana rupa “istana terbang” terbaru milik Putin ini? Jom kita intai ke dalam pesawat itu.

Jangan tak tahu, Putin boleh membuat perintah serangan dari pesawat ini. Ini bermakna, pesawat ini sama sahaja seperti istana presiden atau Kremlin.

Perintah atau arahan seperti itu boleh dilaksanakan di dalam pesawat kerana ada sistem komunikasi yang super canggih. Dalam pesawat ini, ada ruang khusus yang sememangnya boleh digunakan membuat arahan kepada angkatan bersenjata Negeri Beruang Merah itu.

Pesawat ini juga dilengkapi dengan 87 telefon dan sistem video conference. Sewaktu Putin mahu adakan mesyuarat, dia boleh melakukannya terus, tanpa menunggu pesawat mendart dulu.

Ukiran Emas

Sekilas pandang, kabin pesawat ini mengenakan konsep rekaan interior neo-klasik. Seperti yang disebut di atas, interior pesawat ini mirip seperti dalam istana. Kabinnya benar-benar mewah, dengan dominasi warna beige. Ada juga panel kayu di beberapa sudut. Lebih mengagumkan,  di setiap perabot-perabotnya disematkan dengan ukiran emas.

Dilengkapi Dengan Mini Gym

Bukan setakat itu sahaja, Putin masih boleh ada masa untuk workout dalam pesawat. Buktinya, ia dilengkapi dengan adanya mini gym!

Sememangnya Putin sangat menitikberatkan soal kecergasan dan kesihatan. Anda boleh lihat gambar dirinya yang aktif berkuda sambil tak berbaju yang menjadi tular di media sosial. Buat seseorang yang usianya sudah melebihi 60 tahun, Putin masih mempunyai postur badan yang bagus.

Bilik Tidur Hotel 5 Bintang

Interior bilik tidur dan bilik mandi di pesawat seluas 370 meter persegi itu juga mewah bak hotel 5 bintang. Warnanya pun senada dengan warna kabin. Bilik tidurnya terlihat sangat selesa. Lebih uniknya di bahagian bilik  mandi, almarinya berwarna emas. Namun tidak dipastikan samaada emas asli atau tidak.

Ruang Isitirehat

Terdapat ruang isitirehat yang digunakan olehnya dan para kakitangan, atau menteri kalau mereka sama-sama menyertai kunjungan kenegaraan bersama presiden.

Seperti itulah isi pesawat Presiden Rusia yang khabarnya boleh mencapai kelajuan maksimum 901 km per jam.

Selain lima ruangan mewah tersebut, khabarnya dalamnya juga ada dua dapur yangtak kalah mewah dari restoran di hotel-hotel.

Namun pesawat ini bukanlah yang paling mahal setalat ini. Pesawat milik Presiden Mexico dinobatkan sebagai pesawat presiden termahal di dunia. Harganya mencapai RM2.4 Billion.

kapal terbangmewahpesawatpresidenrusiaVladimir Putin
https://lomp.at/jv205
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore