• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Vokalis Coldplay Sujud Dan Cium Tanah Sebaik Tiba Di Malaysia, Konsert Berlangsung Gilang-Gemilang

by Puteri Alia
November 23, 2023
Share on Facebook

Di luar jangkaan, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat bersujud sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia semalam.

Aksi yang dikongsikan pengendali akaun @myjienaaaa semalam telah tular dan menarik perhatian ramai.

“Chris Martin sampai Malaysia dah! Siap sujud cium Tanah Malaysia.

“Lelaki ini sangat wow!!! Jumpa malam ini Coldplay. Tolong berkelakuan sopan seperti kami,” tulisnya.

Menerusi video yang berdurasi 25 saat tersebut, penyanyi berusia 46 tahun itu dilihat terus bersujud dan mencium tanah sebaik turun daripada tangga pesawat.

Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu menyifatkan tindakan Martin itu bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.

Menurut laporan media di Indonesia, Martin pernah melakukan perkara serupa sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta.

Rata-rata peminat setia penyanyi itu meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Coldplay di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil juga memaklumkan kejayaan konsert kumpulan popular dari Britain itu juga wajar dijadikan contoh bagi memastikan konsert berjalan lancar dan pada masa sama memberi kepuasan kepada penonton.

“Alhamdulillah, saya lihat kejayaan konsert ini adalah hasil kerjasama baik antara penganjur, artis dan pihak berkuasa.

“Difahamkan, Coldplay mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebanyak dua kali dan konsert berlangsung tanpa sebarang isu atau kontroversi.

“Ini sebenarnya cara terbaik di mana artis, penganjur dan pihak berkuasa dapat bekerjasama dengan erat supaya orang yang menonton dan berpeluang beli tiket mendapat satu pengalaman positif serta baik.

“Saya harap hubungan baik penganjur, penyedia lokasi dan artis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, mengulas kebarangkalian polemik tercetus sebelum konsert memberi kesan buruk kepada usaha kerajaan menarik lebih ramai artis luar mengadakan konsert di Malaysia, Fahmi optimis perkara itu tidak akan berlaku.

“Selagi garis panduan jelas, tidak ada pembatalan pada saat akhir sebab ada perkara tidak dibincangkan awal.

Sebelum ini, wujud beberapa gesaan agar konsert Coldplay dibatalkan bagi menghormati situasi peperangan yang sedang berlaku di Palestin.

Selain itu, wujud juga kebimbangan insiden konsert The 1975 sebelum ini berulang yang mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Susulan itu, Fahmi dilaporkan berkata, konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dilengkapi suis pemati (kill switch) yang akan digunakan jika wujud sebarang pelanggaran peraturan yang sudah ditetapkan

Dihadiri 85,000 penonton, konsert siri jelajah Coldplay di Kuala Lumpur ini akan menjadi persembahan terakhir kumpulan terkenal itu pada 2023.

coldplay
https://lomp.at/uj35v
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @onlybollywoodmasti (IG)
Bollywood

Gara-Gara Adegan Ini, Madhuri Dixit Trauma Berlakon Dengan Vinod Khanna

by Nurul A.
November 14, 2025

Nama Vinod Khanna dikenali dalam industri hiburan Bollywood kerana gaya fesyennya dan turut dipuji sebagai aktor yang paling kacak. Vinod...

Read more
Lokal

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mempertikaikan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Tour’ Ruang Tamu Rumahnya Buatkan Netizen Terpegun

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida menunjukkan beberapa ruang tamu yang berada dirumahnya itu sambil menjawab soalan dari...

Read more
by Noah Ab
September 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Beg Berjenama Sharifah Shahira Untuk Letak Sambal, Raih Perhatian Ramai!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sharifah Shahira yang menunjukkan kedai berjenama di kawasan KLCC, lalu menyuruh suaminya untuk...

Read more
by Noah Ab
November 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Afwa ‘Kenyit Mata’ Dekat Siti Nurhaliza Buatkan Peminat Tak Keruan

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang membuka kaca matanya itu lalu kenyit mata. Siti Nurhaliza juga mengatakan...

Read more
by Noah Ab
November 24, 2025
Foto - @syifahadju (IG)
Indonesia

Dilamar Selepas Setahun Bercinta, Ini Kisah Cinta Romantik El Rumi & Syifa Hadju

Sama cantik sama padan, akhirnya pasangan selebriti Indonesia iaitu El Rumi dan Syifa Hadju mendedahkan mereka bakal berkahwin! Pada Khamis...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Lokal

Ardell Aryana Kongsi Detik Cemas Kapal Misi Gaza Dihampiri Dron-“Kami Akan Tetap Mara..”

Pelakon dan aktivis terkenal, Ardell Aryana berkongsi detik cemas apabila kapal yang dinaiki bersama aktivis yang lain ketika dalam perjalananan...

Read more
by Naddy Joe
September 4, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Selepas Terima ‘AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards’

Penyanyi, Bella Astillah menitipkan rasa syukur selepas diumumkan sebagai salah seorang penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards...

Read more
by Naddy Joe
November 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Syatilla Melvin Tunjuk Aksi Pelik Anaknya Dalam Surau Mall-“Aku Cuba Senyum Tanpa Suara”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Syatilla Melvin yang merakam bagaimana perangai anaknya yang sama dibuatnya itu ketika berada...

Read more
by Noah Ab
November 21, 2025
Foto - @fitriharisofficial (IG)
Lokal

Fitri Haris Kongsi Pernah Digoda Golongan Pengamal Hubungan Songsang,- ” Benci Gila Puak Macam Ni”

Sangat menyeramkan dan meninggalkan trauma! Baru-baru ini, Dr Fitri Haris membuat perkongsian di Instagram selepas tularnya berita penahanan 201 individu...

Read more
by Nurul A.
December 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem