Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Wajib Bersatu Demi Islam, 9 Negara Arab Tuntut Majlis Keselamatan PBB Segera Kuat Kuasa Gencatan Senjata di Gaza

by Puteri Alia
October 27, 2023
Share on Facebook

Sebagai umat Islam, umum mengetahui bahawa Rasullullah SAW merupakan tokoh perpaduan dalam sejarah Islam yang kita dapat lihat dalam banyak aspek kehidupannya sama ada sewaktu di Makkah mahupun Madinah, bahkan kesungguhannya untuk menyatupadukan umat Arab khususnya dibuktikan sebelum kenabian Baginda lagi.

Walaupun secara zahir kelihatan seperti penyatuan golongan kafir musyrik dan Yahudi, namun sebenarnya proses penyatuan ini sebagai strategi bijak Baginda untuk mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembinaan negara Islam dan kekuatan umat Islam itu sendiri.

Perintah penyatuan ini secara jelas melalui firman Allah SWT:

“Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu sahaja dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku” (al-Anbiya’: 92). Umat yang satu ini ialah umat Islam seperti sabda nabi, “Seorang muslim itu saudara kepada muslim yang lain, dia tidak akan menzalimi dan membiarkannya” (HR al-Bukhari).

Oleh itu, berbahas soal isu semasa mengenai konflik Israel dan Palestin ketika ini negara-negara Islam seluruh dunia seharusnya bersatu dan membantu rakyat di Gaza yang ditindas dan dinafikan hak berada di tanah air mereka.

Memetik laporan berita, terkini sembilan negara Arab telah menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.

Kenyataan itu mengutuk ‘serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa dan dasar hukuman kolektif.

Menteri-menteri terbabit menyeru supaya majlis itu ‘mewajibkan pihak-pihak yang terbabit untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan mampan, berusaha untuk memastikan akses pantas, selamat dan mampan bagi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan selaras dengan prinsip kemanusiaan,” menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- "Saya Dah Try Mesej Call Dia"

Pada Rabu lalu, majlis itu gagal meluluskan dua resolusi menggesa gencatan senjata di Gaza yang digubal oleh Amerika Syarikat dan Russia.

Lebih 7,028 rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan.

israelpalestin
https://lomp.at/lf05r
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore