Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Wanita Period Pun Boleh Kutip Banyak Pahala Dalam Bulan Ramadan, Caranya…

by Soph Azz
March 23, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penganut agama Islam. Tapi sayangnya tak semua orang (terutamanya wanita) boleh nikmati pengalaman berpuasa penuh dalam bulan Ramadan; dan lakukan pelbagai amalan baik yang berlipat ganda pahalanya berbanding bulan lain.

Walaupun haram berpuasa dan lakukan ibadah wajib lain seperti solat, wanita-wanita yang sedang datang haid atau darah nifas sebenarnya boleh mengumpul pahala sama seperti mereka lain yang berpuasa.

Bagi wanita yang tengah datang haid dalam bulan Ramadan, ada beberapa amalan yang boleh kamu lakukan bagi mengumpul pahala yang berlipat ganda. Cara-caranya…

#1 Kerap berdoa dan berzikir 

Foto – Pinterest

Bagi wanita-wanita yang datang haid, kamu sangat digalakkan untuk membaca sebarang doa atau zikir. Sama ada doa memohon keampunan, murahkan rezeki, doakan orang lain, atau mana-mana doa pun tak apa.

#2 Memperbanyakkan sedekah 

Mungkin ada yang anggap biasa, tetapi amalan bersedekah ketika bulan Ramadan ini besar pahalanya. Nak bersedekah tak semestinya kamu perlu beri wang sahaja. Kamu boleh bersedekah dengan memberi makanan, barang keperluan dan sebagainya dengan kadar yang termampu.

#3 Mendengar ayat-ayat Al-Quran 

Foto – Pinterest

Percayalah, dengan hanya duduk mendengar orang membaca Al-Quran atau dengar daripada televisyen dan radio sahaja kamu boleh memperolehi pahala. Jadi kerap-keraplah mendengar lantunan ayat Al-Quran untuk kumpul pahala ye…

#4 Membaca tafsir Al-Quran atau Al-Ma’tsurat

Umum mengetahui wanita yang datang haid tak boleh baca ayat-ayat Al-Quran seperti kebiasaannya. Dan sebagai gantian, kamu boleh beralih membaca tafsirannya. Atau pun kamu juga boleh selang-selikan membaca tafsir dengan Al-Ma’tsurat dengan niat untuk berzikir sepanjang tempoh haid.

#5 Sediakan atau beri makan pada orang berbuka 

Foto – Pinterest

Sesiapa yang tak boleh berpuasa seperti datang haid, jika menyediakan atau memberi makan pada orang yang berpuasa, mereka turut diberikan pahala yang sama seperti orang puasa. Jadi masaklah untuk keluarga atau sedekahkan makanan pada orang yang tak berkemampuan atau jiran terdekat.

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aktiviti wanita haidamalan period ketika puasaibadah wanita haid bulan puasa
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara