Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Wany Hasrita Kesal Sikap Individu Merokok Dalam Restoran, Netizen Sokong!

by Naddy Joe
December 2, 2025
Share on Facebook

Penyanyi, Wany Hasrita memberikan teguran terhadap sikap sesetengah pihak yang merokok di dalam restoran, baru-baru ini.

Kongsi Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerusi hantaran di Instagram menceritakan bahawa, dia yang baru sahaja pulang daripada sebuah acara terpaksa membatalkan hasratnya untuk makan malam selepas melihat terdapat individu yang sedang menghisap rokok di dalam sebuah restoran.

“Balik dari show baru-baru ni Wany singgah makan dekat satu restoran ni sebab memang dah lapar sangat, masuk-masuk je ternampak ada orang tengah hisap rokok dalam restoran tu, terus cancel ya.

Tolong la faham yang asap rokok ni bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling yang menghidunya.”-tulis Wany di Instagram

View this post on Instagram

“Perokok Tegar Ni Otak Diorang Dah Rosak..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen yang bersetuju dengan teguran Wany turut berkongsi situasi mereka yang terpaksa berhadapan dengan individu yang merokok dalam restoran.

“Kalau tak sayang paru-paru snediri, terpulang tapi jangan rosakkan paru-paru orang lain. Kejam tahu tak merokok dekat public ni, duk berhembus-hembus dekat orang lain. Benci.”

“Malangnya, macam tu la situasi kedai makan di Malaysia terutamanya warung atau gerai. Hisap rokok kat luar kedai tapi depan pintu atau laluan angin.”

“Kadang-kadang tauke kedai makan pun sama gak. Hisap rokok atau vape dalam kedai. Sebab tu diorang tak kisah pelanggan diorang merokok dalam kedai.”

“Kalau kesihatan sendiri pun dia tak peduli, kesihatan anak pun tak peduli (jenis yang merokok dekat dengan anak kecil), inikan kesihatan orang yang dia tak kenal. Dia tak ada rasa hormat dekat orang lain.”

“Perokok tegar ni orang diorang dah rosak. Kalau tegur secara baik pun tetap kita pulak kena marah balik. Overdose nikotin dalam rokok memang macam dadah. Lama-lama fikiran jadi tak waras, mudah baran.”

Untuk info, bermula 1 Januari lalu, sebanyak 28 kawasan termasuk restoran dan dobi digazetkan sebagai kawasan larangan merokok menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu dikenakan denda maksimun sebanyak RM5,000.

'Diserang' Selepas Beli Piza Jofliam, Wany Hasrita Terima Teguran Dengan Hati Terbuka
wany hasrita
https://lomp.at/z0w4h
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @intannajuwa (IG)
Lokal

Rizman Ruzaini Vs Suami Intan Najuwa, Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Hutang RM1.3 Juta

by Nurul A.
January 6, 2026

Selepas hampir tiga tahun mendiamkan diri kerana menghormati proses undang-undang, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara mengenai kes saman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore