Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wawa Mazlan Memperkenalkan Single Debut “Sampai Bila”

by Aphit J.
February 15, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan personaliti media sosial berbakat, Wawa Mazlan, baru-baru ini melancarkan single debutnya yang berjudul Sampai Bila.

Gabungan Elemen Jazz Moden

Lagu ini menggabungkan sentuhan bossa nova dengan elemen jazz moden, menghasilkan sebuah karya yang memukau.

Vokal lembut dan penuh emosi Wawa Mazlan memukau pendengar, membawa mereka menghayati setiap bait lirik yang membuai perasaan.

Sampai Bila menggambarkan perasaan terperangkap dalam sunyi, di mana kita sering kali menjadi tawanan rindu, menyimpan kata-kata yang hanya bergema di dalam hati.

Lagu ini menceritakan dilema antara meluahkan perasaan atau terus membiarkan rasa itu menjadi rahsia.

Ada kalanya kita menunggu dengan penuh harapan, berharap seseorang menyedari kehadiran dan isi hati kita, namun tanpa kepastian.

Mengambarkan Perjalanan Emosi

via MAP Music

Dengan lirik yang mendalam dan melodi yang merdu, lagu ini amat dekat di hati pendengar, menyentuh perasaan mereka yang pernah menghadapi situasi serupa.

Menurut Wawa, Sampai Bila sangat istimewa kerana ia menggambarkan perjalanan emosi yang ingin disampaikan kepada para pendengar.

Dia berharap lagu ini dapat menyentuh hati mereka yang sedang atau pernah mengalami perasaan yang sama.

Dia juga berasa sangat teruja dan berbesar hati dapat menghasilkan karya yang unik di bawah naungan syarikat rakaman MAPMUSIC.

Wawa berharap lagu pertamanya ini diterima dan mendapat sokongan daripada pendengar.

Single Sampai Bila kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, YouTube, dan Deezer.

Video muzik rasmi akan dilancarkan pada 13 Februari jam 10 malam di saluran YouTube rasmi MAPMUSIC.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Wawa Mazlan di media sosial rasmi beliau.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Wawa Mazlan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara