Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Wawa Zainal Alami Muntah Darah Hingga Sukar Untuk Bangun Ketika Di Tanah Suci Makkah

by Puteri Alia
January 22, 2024
Share on Facebook

Panggilan menunaikan rukun Islam yang kelima ini amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia.

Namun, setiap tahun memang akan ada jemaah yang terpaksa menolak tawaran menunaikan haji ini atas faktor kesihatan.

Oleh itu amat penting bagi semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk mengerjakan haji atau umrah supaya mengambil cakna tentang kesihatan mereka dan melaksanakan langkah-langkah awal bagi menyiapkan diri untuk menempuhi cabaran mengerjakan ibadah haji dan umrah di tanah suci.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon dan usahawan, Wawa Zainal yang kini berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah dikhabarkan mengalami muntah darah sehingga sukar untuk bangun.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata, kemungkinan masalah kesihatan yang dihadapi kerana mengalami panas dalam.

“Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam.

“Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah di permudahkan,” katanya di Instagram Story.

Dalam hantaran berbeza, Wawa turut berkongsi ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semuanya negatif.

“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang. Tapi, Alhamdulillah negatif.

“Mungkin letih sangat tak henti bekerja dan terus ke sini (Makkah) untuk tunai umrah.

“Badan pula dah 30-an, tapi perasan 20-an boleh buat semua benda,” katanya.

Seputar info, Wawa bersama suami, Aeril Zafrel dan anak ketiganya, Ayya Soffya berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu.

"Sejak Jual Kek Batik, Hayla Kerap Sakit”-Wawa Zainal Dakwa Anak Kena Penyakit Ain
wawa zainal
https://lomp.at/5w9hu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore