Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Wawa Zainal Masak Asam Pedas Tak Pakai Apron, Netizen Rimas Tengok Lengan Baju Terjuntai Kena Kotor

by Puteri Alia
March 31, 2023
Share on Facebook

Kebersihan peribadi seringkali menjadi punca utama kebanyakkan kes keracunan makanan yang dihadapi. Bukan sahaja ketika penyediaan makanan bahkan ketika hendak makan juga mempunyai etika kebersihan yang perlu dipraktikkan untuk mengelak daripada sebarang bakteria yang membawa penyakit.

Daripada perspektif kebersihan, etika pemakaian orang yang mengendali makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk melindungi makanan daripada pencemaran semasa dan selepas penyediaan makanan.

Selain daripada pakaian yang betul, terdapat beberapa langkah mudah yang mempunyai impak yang besar ke atas kualiti dan kebersihan makanan itu.

Memasak di dapur tidak bebas dari noda seperti minyak masak, air, atau kotoran dari rempah memasak. Ini boleh menjadikan kawasan sekitar dapur mudah licin dan membahayakan kita.

Sekiranya kain sukar dijangkau, kita dapat menggunakan apron sebagai alternatif. Apron boleh berfungsi untuk menghilangkan kotoran dengan cepat.

Sebilangan apron umumnya dilengkapi dengan poket di bahagian depan atau dada. Poket ini boleh digunakan untuk membawa peralatan memasak seperti spatula atau mungkin bekas rempah. Dengan menggunakan poket ini, dapat memudahkan untuk memasak.

Bagaimanapun ia bukanlah satu kewajipan, bahkan ada sahaja individu yang lebih bersahaja dan memilih untuk tidak memakai apron ketika memasak.

Baru-baru ini, selebriti terkenal Wawa Zainal berkongsi resepi video cara memasak Asam pedas kepala ikan di laman Instagram miliknya, namun rata-rata warganet menegur pakaian yang dikenakan dikatakan tidak sesuai dan mudah terkena kotoran.

Menjengah ke ruangan komen, Wawa ditegur kerana tidak memakai apron ketika memasak menampakkan dirinya sedikit comot disebabkan percikan daripada masakan.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa dengan cara masakan yang dikongsi ini juga mereka dapat melihat sama ada seseorang itu rajin memasak atau tidak.

"Sejak Jual Kek Batik, Hayla Kerap Sakit”-Wawa Zainal Dakwa Anak Kena Penyakit Ain

Terdahulu, menurut sebuah laman portal, suami Wawa, Aeril juga juga pernah sempat berseloroh mengatakan bahawa isterinya itu tidak pandai memasak, namun dia menerima kekurangan itu seadanya.

Sebenarnya, cara memasak ini berbeza-beza. Setiap orang mempunyai cara masing-masing dan seharusnya tidak terikat sama ada betul atau salah.

Asalkan makanan yang dimasak itu bersih dan sedap sudah cukup untuk menambat hati sang suami!

Rata-rata netizen juga memuji Aeril kerana bersikap supportive terhadap isterinya ketika memasak makanan kegemarannya itu iaitu Asam Pedas Kepala Ikan!

Aeril Zafrelwawa zainal
https://lomp.at/91hrf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore