Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Wedding Of The Year! 10 Yang Menarik Mengenai Perkahwinan Neelofa & PU Riz

by Khai Azfar
March 30, 2021
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz akhirnya terjawab selepas pasangan ini selamat bernikah pada pagi Sabtu (27 Mac 2021).

Kelihatan sama cantik dan sama padan, kedua-duanya berseri memakai busana rona putih sedondon mengikut tema yang digayakan. Dianggap sebagai ‘Wedding Of The Year’ oleh kebanyakan peminat dan penggiat industri, Murai.my tampilkan 10 yang menarik mengenai perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail.

Dapat Liputan Luas Sejak Dua Minggu Lalu

Usai kakaknya, Noor Nabila selamat mendirikan rumahtangga bersama ahli perniagaan terkenal, Engku Emran pada 19 Mac lalu, ura-ura Neelofa bakal mengikuti jejak langkah yang sama turut hangat diperkatakan. Malah media turut membuat liputan mengenai segala perkhabaran terbaharu mengenai bekas pengacara MeleTOP ini termasuklah beberapa petunjuk yang dikongsi oleh ahli keluarganya.

Bertemakan Islamik, Grand Hyatt Kuala Lumpur Sebagai Saksi

Tanggal 27 Mac 2021, Neelofa selamat menjadi isteri kepada PU Riz selepas dinikahkan oleh adik lelaki Neelofa. Biarpun enggan menghebohkan terlalu awal perkahwinan mereka, namun peminat terlebih dahulu menjalankan ‘siasatan’ termasuklah lokasi pernikahan pasangan ini.

Bagaimanapun, sangkaan peminat mengenai lokasi pernikahan diadakan di hotel ST Regis Kuala Lumpur ternyata tidak tepat kerana sebenarnya mereka telah memilih Grand Hyatt Kuala Lumpur sebagai ‘saksi’. Difahamkan, hotel mewah berstatus 5 bintang ini turut menghadiahkan Neelofa dan suami pakej penginapan selama 3 hari 2 malam di hotel mereka.

Pelamin Inspirasi Jabal Rahmah

Menerusi perkongsian pereka pelamin dan perancang perkahwinan, Reka Teemor di laman Instagram mereka, pelamin pasangan itu telah diinspirasikan dari Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa.

Malah pihaknya terpaksa berahsia selama tiga minggu sebelum berkongsi kepada umum.

“The Jabal Rahmah. Tiga minggu menyorok dari paparazi untuk merahsiakan pelamin berinspirasikan pergunungan di mana Adam dan Hawa dipertemukan.

“Didoakan Neelofa dan Haris bertemu penyejuk hati masing-masing dan saling melengkapi,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Reka Teemor (@rekateemor)

4 Tan Bunga Sebagai Pelengkap Pelamin

Sebagai info,sebanyak empat tan bunga segar telah digunakan untuk menghiasi pelamin tersebut.  Bukan itu sahaja, sebanyak tujuh jenis bunga warna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath .

Lilin Mewah Sebagai Haruman Meja Santapan

Disebalik mata tertumpu pada tema dan rekaan pelamin, lilin yang menyala sepanjang majlis berlangsung turut terkena ‘tempias’ nya.

View this post on Instagram

A post shared by KENS Apothecary (@kensapothecary)

Manakan tidak, ia adalah lilin mewah berjenama diptyque. Ditaja oleh KENS apothecary, menerusi carian Murai.my harga lilin tersebut bernilai RM185 hingga RM 295

Keluarga Sedondon Putih

Meraikan hari istimewa Neelofa dan PU Riz, semua jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat serta para media itu turut memakai busana berwarna putih, mengikut tema yang ditetapkan. Biarpun sama seperti pengantin, namun seri pasangan itu jelas kelihatan!

‘Door gift’ Mewah Untuk Tetamu

Turut mencuri tumpuan adalah ‘door gif’ yang diberikan buat tetamu yang sudah tersedia di atas meja. Kesemua barangan tersebut terdiri daripada jenama mewah termasuk produk yang menjadikan Neelofa sebagai duta mereka, Swarovski.

Terima Hadiah Jenama Mewah Tanda Disayangi

Jika tetamu menerima ‘door gift’ mewah, Neelofa dan PU Haris turut menerima pelbagai hadiah daripada kenalan dan penaja mereka. Menerusi perkongsian di Insta-story nya, Neelofa dilihat menerima hadiah daripada Christian Dior serta beberapa jenama mewah lain.

Litte Miss Khan Berhijab Sehari Sebelum Neelofa Berkahwin

View this post on Instagram

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Menerusi hantaran yang di muat naik oleh adik Neelofa, Ameera Khan kini tampil dengan penampilan baharu yang kelihatan manis berhijab. Perkongsian itu dibuat sehari sebelum pernikahan Neelofa malah selebriti itu turut meminta orang ramai untuk  mendoakan adiknya.

Reka Temoor Sudah Bagi Hint?

Menerusi hantaran Reka Temoor sebelum ini di laman Instagram mereka, terdapat foto yang menujukkan sebuah karikatur kereta yang dipenuhi jambangan bunga. Bagaimanapun hantaran tersebut dipadam tidak lama kemudian. Barangkali petunjuk kepada ‘wedding of the year’ ini?

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-"Mama Bangga Melihat Anakku..."
neelofaNeelofa KahwinNeelofa PU Riz
https://lomp.at/r2j4b
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore