Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

WOW! Terokai Dunia Fantasi & Seni Interaktif di Kuala Lumpur, Immersify KL

by Farah Fatihah
February 3, 2026
Gambar: Instagram @immersifykl

Gambar: Instagram @immersifykl

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak sangka, di tengah bandar ada galeri yang penuh seni, cahaya, dan teknologi sehingga buat kalian rasa macam masuk ke dunia lain. Immersify Kuala Lumpur menampilkan 11 zon imersif yang unik, dari taman bercahaya di langit, air terjun digital yang mengagumkan, hingga ke dunia surreal yang penuh imaginasi. Terletak di The Labs, Bukit Bintang City Centre, immersify KL bukan sekadar galeri seni biasa.

Dengan keluasan 30,000 kaki persegi, ia adalah galeri seni media kekal pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi, seni visual, bunyi 3D, dan penceritaan kreatif dalam satu perjalanan yang penuh emosi dan imaginasi. Setiap langkah yang kalian ambil membawa kalian ke dunia yang berbeza bukan sekadar tengok, tetapi benar-benar merasai pengalaman itu.

@lifeofmaani

KL experience you don’t wanna miss 🌟✨ #immersifykl #immersive #kl #sisterdate #artsy #malaysiatravel #fypシ

♬ Magic Glockenspiel – DOMANSED

Menurut hantaran video TikTok di akaun @lifeofmaani, Immersify KL bukan sahaja menarik perhatian kerana seni dan teknologinya, malah setiap zon yang dipamerkan sangat “Instagrammable”. Dari taman bercahaya seolah-olah di awan hingga ke dunia yang penuh warna.

Glowing Garden

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Masuk sahaja ke Zone 1, kalian akan dibawa ke taman bercahaya yang dipenuhi bunga seperti awan. Warna pastel lembut dan bentuk awan yang terapung memberi rasa tenang, seolah-olah kalian berada di alam kayangan. Ia sesuai untuk mula perjalanan dengan rasa kagum dan damai.

Mystic Falls

Gambar: Official Website @Immersify KualaLumpur

Di Zone 2, kalian berdiri di hadapan air terjun gergasi. Bunyi gemuruh air terasa begitu hidup, manakala kehadiran visual gajah menambah elemen dramatik. Ia satu pengalaman di mana teknologi dan alam semula jadi berpadu, buat kalian rasa dekat dengan dunia fantasi.

Moonlight Memories

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Kalau kalian suka bergambar, Zone 3 memang spot terbaik. Gabungan unsur kosmos dan bumi buat setiap foto nampak macam babak filem fantasi. Memori yang dirakam di sini terasa lebih istimewa dan unik.

Starlight Garden

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 4 membawa kalian ke alam bertemakan cahaya bintang. Warna berkilau dan ilusi ruang yang luas buat kalian rasa seperti berada dalam kisah dongeng. Ini memang antara spot paling “Instagrammable”.

Turning Moment

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 5, cahaya, bentuk dan refleksi mencipta ilusi tiga dimensi yang futuristik. Setiap langkah terasa seperti melangkah ke dunia digital yang hidup, sesuai untuk kalian yang sukakan pengalaman visual yang unik dan memukau.

Illusion Road

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 6, kalian boleh menjelajah laluan segitiga bercahaya dan saksikan dunia seolah-olah hidup dengan warna-warni yang memukau. Penuh dengan objek terapung dan gelombang beralun, ruang ini memberi pengalaman seakan-akan realiti dilanggar,  memang unik dan mengagumkan untuk dijelajah.

Neon Jungle

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 7 dekat dengan identiti tempatan. Kalian akan lihat hutan Malaysia dan haiwan liar dihidupkan dengan neon yang bercahaya. Selain cantik, ia mengingatkan kita tentang hubungan manusia dengan alam semula jadi, tapi dalam versi yang penuh imaginasi.

Canvas Oceania

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 8, kalian boleh melukis dan lihat karya sendiri “hidup” di dunia lautan digital. Dari sekeping lukisan kecil, terus menjadi sebahagian daripada dunia laut yang luas dan menjadikan pengalaman ini menyeronokkan untuk anak-anak dan dewasa kreatif.

Prism Shine

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 9 menampilkan corak dan bentuk diinspirasikan daripada elemen tempatan. Gabungan bayang dan cahaya menghasilkan visual moden tetapi tetap berakar pada budaya Malaysia. Satu spot yang buat kalian rasa bangga dengan identiti tempatan.

Surreal World

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 10, segala logik diketepikan. Dunia surreal ini penuh imaginasi, seolah-olah kalian melangkah ke dalam mimpi. Bersedia untuk terpesona dan teruja di setiap sudut.

Art Gallery

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 11 membolehkan kalian menghayati karya Klimtnet dan Van Gogh dengan cara yang berbeza. Cahaya, animasi dan bunyi membawa kalian lebih dekat kepada emosi di sebalik setiap lukisan, membuatkan pengalaman ini lebih hidup dan menyentuh hati.

Seni Korea, Jiwa Malaysia

Menariknya, semua kandungan immersify KL dibangunkan bersama pasukan kreatif dari Korea Selatan, tapi disesuaikan dengan identiti Malaysia. Hasilnya pengalaman terasa unik, bertaraf antarabangsa, tetapi tetap dekat dengan budaya tempatan.

Harga Tiket

  • Dewasa (Warganegara): RM68
  • Dewasa (Bukan Warganegara):RM88
  • Kanak-kanak (Warganegara): RM35
  • Kanak-kanak ( Bukan Warganegara): RM55
  • Pelajar (Warganegara): RM58
  • Pelajar ( Bukan Warganegara): RM75
  • Warga emas (Warganegara) : RM30 (hari bekerja)
  • Warga emas (Bukan Warganegara): RM50 (hari bekerja)

Kalian juga boleh pilih pakej keluarga atau pas tahunan untuk datang berkali-kali.

Kafe immersify KL: Seni Yang Boleh Dirasai

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Selepas puas menjelajah, kalian boleh berehat di kafe immersify KL. Minuman dan pastri yang disediakan bukan sahaja sedap, malah visual sekeliling masih mengekalkan elemen seni, menjadikan rehat kalian sebahagian daripada pengalaman imersif itu sendiri.

Immersify KL bukan sekadar galeri seni. Ia adalah perjalanan emosi dan imaginasi yang sesuai untuk short escape, date romantik, keluar bersama kawan, atau aktiviti keluarga.

Kalau kalian mencari destinasi melancong dalam bandar yang estetik, moden, dan penuh nilai seni, immersify KL memang wajib masuk dalam senarai. Ini bukan sekadar lawatan, ini adalah pengalaman yang membuka imaginasi kita sendiri.

Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!
ImmersifyKuala Lumpur
https://lomp.at/tripb
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
LifeXplore

LEGOLAND Malaysia: Waterpark Vs Theme Park, Mana Lebih Seronok?

by Farah Fatihah
January 27, 2026

Pernah tak kalian fikir LEGOLAND Malaysia sekadar taman tema untuk kanak-kanak? Fikir semula! Berdasarkan pengalaman Murai, taman tema ini bukan...

Read moreDetails
LifeXplore

[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Ada sesuatu yang terasa berbeza di Dataran Merdeka sejak awal Februari ini. Bangunan yang selama ini hanya ‘dilihat dari luar’,...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara