Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Konsert

Wow! Tur SAMA SAMA Bakal Gegarkan Kuala Lumpur!

by Aphit J.
October 18, 2025
Share on Facebook

Selepas menghangatkan pentas di empat kota utama Indonesia, Tur SAMA SAMA kini bersiap sedia untuk mencipta sejarah baharu di Malaysia!

Lima Pemuzik Hebat, Satu Pentas Bersejarah

via OPR NETWORK

Pada 5 Disember 2025, lima bintang besar dari dunia muzik Nusantara — Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf — akan menggamatkan Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Konsert yang dinanti-nantikan ini bukan sekadar persembahan biasa, tapi sebuah kolaborasi unik yang menampilkan gabungan suara dan gaya lima pemuzik dengan keunikan tersendiri.

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama mereka tampil dalam format kolaborasi eksklusif yang hanya boleh disaksikan menerusi Tur SAMA SAMA.

Konsert Eksklusif yang Tak Patut Dilepaskan

via OPR NETWORK

Tur SAMA SAMA bukan sekadar tempat pemuzik mempersembahkan lagu-lagu hit masing-masing, tetapi juga satu pentas di mana mereka akan bertukar lagu, berduet dan mencipta susunan baharu khas buat peminat.

Format dinamik — solo, duet, trio hingga kuintet — dijanjikan akan membawa pengalaman muzik yang segar dan luar biasa.

Penganjur bersama iaitu PT Expo Indonesia Jaya, Thrive, dan Tiga Dua Satu berkongsi keterujaan kerana berjaya membawa lima figura muzik ini ke Malaysia, setelah kejayaan luar biasa yang diraih di Indonesia.

Buat peminat muzik berkualiti, ini adalah momen yang wajib disaksikan secara langsung.

Tiket Sudah Mula Dijual – Jangan Lepas Peluang!

via OPR NETWORK

Berita baik untuk peminat: tiket pra-jualan Tur SAMA SAMA sudah pun mula dijual sejak 29 September 2025 dengan harga bermula RM228.

Topik Berkaitan Pestapora Malaysia 2026 Comeback, 12 jam Tanpa Henti! Ini Janji & Pesanan Penganjur

Terdapat 11 kategori tiket menarik seperti Bronze, Crystal, Diamond, Emerald dan banyak lagi, yang boleh dibeli melalui aplikasi BBO EVENTS atau laman rasmi samasamatur.com.

Pra-jualan akan berlangsung hingga 2 November 2025, jadi jangan tunggu lama! Ikuti @samasamatur dan @thriveevents_my di media sosial untuk info terkini.

Ayuh, jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada konsert kolaborasi paling epik tahun ini. Sampai jumpa di Idea Live Arena, Kuala Lumpur!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DereIdgitafKunto Ajisal priadiTulus
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara